Bermula 1 Januari 2023, VPCM menawarkan diskaun sehingga RM4,000 untuk beberapa model terpilih termasuk Golf GTI, barisan model Tiguan Allspace (Life, Elegance dan R-Line) serta Arteon R-line 4MOTION.

Semua pengedar Volkswagen turut akan mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di bilik pameran masing-masing pada 7-8 Januari, di samping menawarkan sesi pandu uji untuk semua model Volkswagen.
Para pemilik juga boleh membuat janji temu melalui aplikasi Volkswagen Cares bagi mendapatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma untuk persediaan memandu sepanjang cuti perayaan.

Selain itu bermula 1 Januari hingga Mac, VPCM akan mengadakan kempen selepas jualan Volkswagen Genuine Services, dimana anda perlu berbelanja minimum RM800 di mana-mana pusat servis Volkswagan dan menerima baucar rasmi bernilai RM30 untuk pelbagai barangan menarik.