Siapa yang tidak kenal dengan SUV kompak Volkswagen ini yang telah diberi nama Tiguan, iaitu nama 'perkahwinan' di antara dua haiwan berbeza iaitu Tiger, iaitu harimau, dan Iguana, biawak Amerika.
Dengan namanya yang menarik, sudah pasti Tiguan ini menarik dan memiliki ciri-ciri idaman setiap pemandu!
- Satu pilihan enjin (kesemua varian didatangkan dengan enjin yang sama) - 1.4 liter TSI dengan kuasa setinggi 150 PS dan 250 Nm. Enjin TSI generasi baharu hanya ada turbocharger sahaja.
- Transmisi juga hanya ada satu pilihan - DSG automatik 6-kelajuan dengan klac basah.
- Dengan pecutan mengagumkan, dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 8.9 saat dengan catatan penggunaan bahan api sekitar 6.7l/100km, sememangnya padu dan mantap sekali.
- Ruang boot yang mempunyai kapasiti 615 liter
- Skrin resolusi tinggi dengan tiga pilihan paparan yang boleh disesuaikan menerusi sistem infotainmen dengan lebih 30 pilihan kombinasi. Turut disediakan adalah ciri MirrorLink, Android Auto dan Apple CarPlay.
- Pelbagai ciri keselamatan seperti enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Brake Assist (BA), Multi-collision Brake, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta Hill-Hold Control
VPCM juga turut menambahkan lagi kehebatan promosi ini dengan menawarkan tempahan menerusi Volkswagen eShowroom, di mana anda akan menikmati rebat tunai sehingga RM4,000 dan khidmat penghantaran istimewa dengan penggunaan sebuah trak flatbed tunggal terus ke rumah anda secara percuma untuk lokasi dalam radius 20 km dari pusat pengedar.
Untuk mengembalikan memori nostalgia sesi pemanduan Tiguan ini, sila nikmati video ini: