Volkswagen tawar ‘Ang Pao’ RM1,000 Sempena Tahun Baru Cina

oleh SALINA JALIL|
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan rebat ‘ang pao’ menarik untuk pelbagai model Volkswagen.

Promosi rebat ini sah sehingga 28 Februari 2021.

 

Di samping rebat 'ang pao' yang ditawarkan, pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom akan turut menikmati penjimatan tambahan eksklusif dalam talian.

 

Mereka yang berminat dengan rangkaian model Passat juga akan menerima insurans percuma selama satu tahun atau penjimatan sebanyak RM5,500.

 

Berikut adalah rebat ang pao yang ditawarkan mengikut model:

 

promo cny vw

 

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

 

Pemilik kenderaan Volkswagen juga boleh menikmati tawaran terkini di bawah Kempen Servis Selepas Jualan CNY yang menawarkan penjimatan ke atas penggantian alat ganti serta minyak enjin tulen.

 

Tawaran selepas jualan adalah seperti berikut:

 

 

Senarai tawaran tambahan yang memberi manfaat kepada pemilik termasuklah Pemeriksaan Servis 5 Bintang, diskaun sehingga 20% untuk bateri dan tayar, serta paket ang pao percuma Volkswagen. Janji temu servis boleh dibuat secara dalam talian di sini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi mereka yang mahu mencari Passat Elegance, mereka boleh menikmati insurans percuma selama…
Berita Domestik
Pihak VPCM juga turut memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti…
Berita Domestik
  Aplikasi Volkswagen Cares kini merupakan pusat sehenti yang menempatkan pelbagai sokongan jualan…