Volkswagen Malaysia tawar hantar kereta baharu guna trak flatbed terus ke rumah secara percuma!

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan inisiatif jualan baharu yang membolehkan pelanggan Volkswagen memilih untuk kereta mereka dihantar terus ke rumah.


Berpegang kepada falsafah jenama Volkswagen, ia nyata memudahkan penghantaran kepada pelanggan, selari dengan amalan norma baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perkhidmatan itu boleh ditawarkan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Tiada caj penghantaran yang dikenakan kerana ia adalah perkhidmatan percuma untuk pelanggan yang tinggal dalam radius 20 kilometer dari pengedar yang dipilih.

 

Semua kenderaan itu akan dihantar menggunakan sebuah trak flatbed tunggal dan ditutup sepenuhnya dengan kanvas. Ini bagi memastikan ia berada dalam kondisi terbaik.

 

Bagi mematuhi garis panduan pihak kerajaan dan memberi kepuasan kepada pelanggan yang menitikberat soal kebersihan, trak penghantaran tersebut akan dinyah kuman sebelum dan selepas penyerahan.

 

Selain itu, Welcome Kit dan kunci akan diletakkan di dalam kereta yang dikunci.

 

VPCM juga menawarkan pakej servis Volkswagen Deep Sanitisation pada harga bermula RM80. Pakej ini merangkumi proses sanitasi yang mampu menghapuskan 99 peratus kuman dan bakteria di ruang kabin dan sistem pendingin hawa.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.volkswagen.com.my/

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…