Volkswagen Jetta R? "Never say never!"

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan Jetta yang dilengkapi dengan enjin GTI, Jetta GLI sudah pun selamat dilancarkan baru-baru ini di acara Chicago Auto Show. 

Namun, bagi mereka yang menginginkan lebih daripada itu (biasalah lumrah manusia), Jetta R mungkin sekali sesuai dengan kehendak anda.
 


Hal ini diajukan oleh laman web MotorTrend yang menemu bual Ketua Jualan dan Pemasaran Volkswagen Amerika, Derrick Hatami dan jawapan yang diberikan adalah, "never say never."

Jetta R bukanlah sebuah model yang sudah siap untuk dipasarkan, ia hanya sekadar idea sahaja memandangkan Jetta GLI baharu sahaja dilancarkan. 
 


Namun, dengan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris turbo 288 kuasa kuda dan 380 Nm daya kilas maksimum, ia bakal mengubah Jetta menjadi sebuah sedan berprestasi tinggi. 

Tidak seperti Jetta GLI dengan pacuan roda hadapan, Jetta R mungkin sekali bakal menggunakan konfigurasi pacuan semua roda 4Motion, sistem brek yang dinaiktaraf, luaran serta dalaman yang lebih sporty.

Hanya masa yang akan menentukan adakah idea ini bakal direalisasikan oleh Volkswagen. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Meskipun di pasaran Amerika pasaran sedan semakin menguncup, ditambah pula dengan penamatan model…
Pelancaran
Ini merupakan jawapan kepada mereka yang mahukan sebuah Golf, akan tetapi masih mahu membawa…