Volkswagen Jetta GLI 2019 - Golf GTI versi sedan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan jawapan kepada mereka yang mahukan sebuah Golf, akan tetapi masih mahu membawa keluarga dengan selesa, termasuklah ruang barangan yang lebih besar berbanding hot hatch GTI tersebut. 

Memperkenalkan, Volkswagen Jetta GLI. 

Volkswagen Jetta GLI membawakan banyak unsur-unsur kelajuan pada bahagian luaran, ini boleh dilihat menerusi penampilan elemen hitam yang diselangi dengan warna merah, spoiler decklid, dan angkup brek berwarna merah yang didatangkan daripada Golf R. 
 


Seperti mana yang disebutkan, enjin daripada Golf GTI dibawa masuk ke dalam ruang enjin Jetta, sebelum kuasa 228 hp/350 Nm itu disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan. 

 


Limited-slip differential didatangkan sebagai ciri standard untuk Jetta GLI, manakala sistem suspensi belakang pula menerima konfigurasi multi-link bagi menggantikan sistem torsion beam pada model Jetta. 

Bagi mereka yang gemar mengawal kuasa, transmisi manual enam nisbah kelajuan turut ditawarkan sebagai pilihan.

 


Tidak lengkap bahagian yang serba sporty di luar tanpa padanan yang menarik untuk bahagian kabin. 

Jetta didatangkan dengan kemasan dalaman berwarna hitam yang disulami dengan jahitan merah, manakala tempat duduk pula didatangkan dengan ciri pemanas terbina dalam. 

Selain daripada itu, terdapat juga ciri kawalan iklim automatik, lampu utama LED automatik, bantuan pencahayaan suram dengan 10 warna pilihan, wiper dengan pengesan hujan, serta sistem kemasukan tanpa kunci disediakan. 
 


Jetta didatangkan dengan empat mod pemanduan yang boleh dipilih, beserta satu mod kustom membolehkan pemandu menetapkan ciri kegemaran seperti respon pedal dan kawalan suhu menerusi satu butang sahaja. 

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-35 Jetta, Volkswagen turut merancang produksi Jetta GLI edisi khas, di mana model ini akan menerima ciri sistem penyerap hentakan adaptif DCC (sama seperti model Golf), rim aloi serba baharu dan lencana ulang tahun ke-35.

Jetta GLI akan diumumkan harganya tidak lama lagi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Global
Pada masa hadapan, anda mungkin sekali perlu membiasakan diri dengan kehadiran hot hatch berkuasa…
Berita Domestik
Pakej VAP bernilai antara RM8,000-RM10,000 (bergantung kepada model) ini menawarkan tambahan…