Vios Challenge Musim 4 - Dari Litar Jalanan ke Litar Sepang, Apa kata bekas Juara Musim terdahulu?

oleh Mohamad Hanif|
Tirai musim keempat perlumbaan Vios Challenge bakal disingkap tidak lama lagi, dan tidak seperti perlumbaan terdahulu yang menggunakan format litar jalanan, pusingan pertama Vios Challenge musim keempat akan menggunakan Litar Antarabangsa Sepang pada 27-28 Mac ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah pasti, terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua format itu, namun apa pula kata bekas-bekas juara musim terdahulu berkenaan perlumbaan yang bakal berlangsung minggu ini?

 

Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel (Juara Keseluruhan Super Sporting Class Musim 1 & 3)


Menurut Tengku Djan yang sudah pun mempunyai pengalaman perlumbaan yang meluas, beliau mengakui Litar Antarabangsa Sepang bukan satu litar yang mudah.

"Sepang bukanlah satu litar yang senang, ia mempunyai trek yang lebar, dan akan ada banyak penyusunan dan perubahan kedudukan sepanjang perlumbaan.

"Hanya individu yang mampu melakukannya, serta kawalan jentera yang baik akan mempunyai kelebihan di sepanjang perlumbaan sehinggalah  ke garis penamat.

Tengku Djan menambah, pelumba muda seperti Hayden Haikal yang kini berentap di dalam Super Sporting Class musim ini merupakan satu contoh terbaik pelumba muda yang berjaya menaikkan diri sendiri bermula daripada latar belakang perlumbaan go-kart.

"Saya yakin, Hayden akan menjadi pesaing utama di dalam Super Sporting Class, dan ia satu situasi yang cukup baik untuk melihat persaingan antara pelumba muda dan pelumba veteran di dalam Vios Challenge kali ini.

Selain daripada Vios Challenge, GAZOO Racing kali ini turut menampilkan dua kategori perlumbaan baharu iaitu GAZOO Racing Vios Sprint Cup dan GAZOO Racing Enduro Cup.

Menurut Tengku Djan yang sebelum ini pernah memenangi Sepang 1000km Endurance Race dua kali berkata, ia merupakan satu peluang yang baik untuk berlumba lebih banyak di sepanjang musim ini, dan memberikan pengenalan kepada pelumba terhadap format perlumbaan endurance.
 

Hayden Haikal (Juara Keseluruhan Sporting Class Musim 3)


Menurut Hayden Haikal, Litar Antarabangsa Sepang merupakan satu tempat yang cukup bermakna memandangkan beliau pertama kali mengalami pemanduan litar ketika beralih daripada go-kart kepada kereta saloon.

"Saya juga amat bertuah kerana banyak menjalani latihan di Litar Sepang disebabkan penglibatan di dalam siri perlumbaan yang berbeza, jadi apa yang saya boleh katakan saya amat selesa di sini (Sepang) dan saya gemar berlumba di sini.

Peralihan daripada Sporting Class kepada Super Sporting Class serta peluang untuk berlumba dengan nama-nama besar seperti Tengku Djan, Mark Darwin dan pelumba professional yang lain merupakan sesuatu yang turut dinantikan oleh Hayden.

"Secara jujur, saya amat teruja untuk berada di dalam kelompok pelumba professional, sudah pasti saya masih lagi muda jika dibandingkan dengan pelumba lain, namun saat topi keledar dipakaikan, kami semua adalah sama.

"Target saya pada tahun ini, untuk mencapai sekurang-kurangnya kedudukan tertinggi di dalam perlumbaan, dan sama hebat, jika bukan yang terpantas, dengan pelumba terpantas di dalam Super Sporting Class.
 

Shawn Lee (Juara Keseluruhan Promotional Class Musim 1 & 3)


Menurut Shawn Lee yang tidak asing lagi di dalam perlumbaan Vios Challenge ini, beliau mengakui Litar Sepang memberikan beliau keyakinan untuk berlumba.

"Litar Sepang mempunyai trek yang sangat lebar, dan mempunyai banyak ruang untuk menyerang. Saya boleh kata, litar ini memberikan lebih keyakinan untuk menyerang dengan selamat, berbanding litar jalanan di mana satu kesalahan boleh mengakibatkan kerugian yang nyata.

Untuk musim keempat Vios Challenge, Shawn Lee akan bertempur di dalam kategori Sporting Class.

"Saya mahu melihat keupayaan diri sendiri di dalam kelas semi-professional Sporting Class, dan sasaran saya adalah untuk menikmati perlumbaan ini sebanyak mungkin, mendapat lebih banyak pengalaman dan menjadi seorang pelumba yang lebih baik.

"Tiga musim berlumba di dalam Vios Challenge, keyakinan untuk berlumba di dalam Vios semakin meningkat, dan untuk perlumbaan kali ini, saya sudah bersedia!"

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…