Vios 2019 sedia berentap di Vios Challenge musim ketiga - perlumbaan debut hujung minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah tiga bulan pelancaran rasmi Toyota Vios baharu, model sedan segmen B tersebut akhirnya membuat kemunculan rasmi di dalam perlumbaan Vios Challenge hujung minggu ini. 

Dibangunkan bersama TRD (Toyota Racing Development) dan Wing Hin Motorsports, Vios baharu ini akan dipandu oleh pelumba kelas Promotional (selebriti tempatan) dan ia akan mula digunakan sepenuhnya untuk semua kelas perlumbaan pada musim ketiga nanti. 

Enjin 1.5 liter 2NR-FE yang mendiami ruang enjin hadapan kekal tiada sebarang modifikasi, namun ia digandingkan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan.
 


Untuk prestasi yang lebih cemerlang, komponen prestasi daripada TRD digunakan seperti klac, limited slip differential (LSD) dan sistem ekzos penuh termasuk ekstraktor. 

Bukan itu sahaja, aspek teknikal turut ditala seperti penggunaan suspensi TRD, bushing suspensi TRD, strut bar TRD, apron bumper hadapan dan belakang TRD, dan rim aloi Enkei bersaiz 15 inci dibaluti tayar terbaharu Toyo TR1. 
 


Untuk memberhentikan Vios ini dengan lebih baik, hos brek jenis steel braided dan pelapik brek Endless digunakan.

Sebagai sebuah kereta lumba, ciri keselamatan standard litar turut dipasang seperti sangkar keselamatan TRD yang diiktiraf FIA, tempat duduk OMP bucket, racing harness TRD, sistem pemadam api, suis cut-off semi auto, sistem kamera terbina dalam, cangkuk tunda OMP, pin bonet OMP dan roda stereng OMP Superleggera.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Perkataan Vios diambil daripada perkataan Latin yang membawa maksud "To Move Forward" dan secara…
Pelancaran
  Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "Sejak model pertama dilancarkan pada 2003, kami…