Toyota Vios generasi ke-3 dilancarkan, harga bermula dari RM77,200

oleh SALINA JALIL|
Selepas dipertontonkan ketika Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) pada November tahun lalu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) selaku pengedar sah kenderaan Toyota di Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi Toyota Vios serba baharu untuk pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "Sejak model pertama dilancarkan pada 2003, kami telah menjual hampir setengah juta Vios, menjadikannya antara model paling popular dalam segmen berkenaan. Selepas beberapa tahun, kami telah meletakkan satu standard tersendiri bagi kenderaan dalam segmen itu, dan dengan pengenalan Vios generasi ketiga ini, ia sekali lagi akan melakukan perkara sama".

 

Beliau turut berkata "Kami juga berbesar hati dapat mempamerkan kereta ini terlebih dahulu ketika KLIMS18 pada tahun lalu. Maklum balas yang diterima sangat menggalakkan, dan kami sangat berbesar hati untuk itu. Ia memberikan kami galakan untuk terus mengeluarkan kenderaan yang lebih baik kepada pelanggan di Malaysia, lebih-lebih lagi dengan sokongan yang ditunjukkan oleh semua".
 

 

Dengan penampilan terbaharu ini, Vios tidak hanya menerima wajah baru tetapi turut melibatkan naik taraf dan penambahbaikan lain yang menjadikannya lebih seronok dan selamat dipandu. Kesemua varian menerima penarafan maksimum bagi ASEAN NCAP lima-bintang dan dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan bantuan mula mendaki (HSA).

 

Vios Airbag location

 

Perubahan paling ketara adalah di bahagian dalam kabin dengan papan pemuka dan panel instrumennya telah diberikan rekaan baru, kemasan dan kusyen tempat duduk baru, bahagian konsol tengah juga diberikan rekaan baru, slot pengecas USB tambahan serta lampu kabin untuk penumpang belakang, ruang barangan yang ditambah serta sistem kawalan pendingin hawa automatik untuk semua varian. Pemanduannya juga menjadi lebih senyap kerana kadar gegaran dan kebisingan kini lebih rendah disebabkan aspek penebat bunyi yang telah ditambah baik.

 

Bagi Vios 1.5G, ia kini didatangkan dengan paddle shifters dan rim aloi 16-inci sebagai ciri standard. Varian paling lengkap pula turut menerima meter Optitron berwarna dengan paparan pelbagai maklumat serta sistem infotainmen DVD-AVX dengan ciri USB.

 

Vios blind spot

 

 

Ciri-ciri standard lain termasuk kemasan kulit, cermin pandang belakang electrochromic serta suis Drive Mode. Faktor keselamatan juga dipertingkat dengan adanya ciri seperti Blind Spot Monitor, Panoramic View Monitor, Front Digital Video Recorder dan Rear Cross Traffic Alert - ciri-ciri yang sebelum ini hanya ada pada model Toyota yang lebih besar.

 

Spesifikasi Vios terbaharu ini adalah seperti berikut:-

-  4 silinder, 16v, DOHC dan Dual VVT-i

-  CVT 7-kelajuan beserta sequential shift

-  Kuasakuda 107 PS

-  Tork 140Nm

-  Tiga jenis pemanduan Normal, Sport dan ECO mode
 

 

Vios serba baharu ini merupakan model pertama UMW Toyota Motor yang dikilangkan di kemudahan baharu bertempat di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, Selangor. Ia merupakan satu daripada kilang Toyota yang paling moden di dunia, ia dibina selari dengan hala tuju pengilangan kenderaan baru berkecekapan tinggi oleh kerajaan Malaysia.

 

"UMW Toyota Motor menjangkakan industri automotif di negara ini mempunyai potensi yang luas di masa hadapan. Untuk itu, syarikat telah melaburkan hampir RM2 bilion bagi pembinaan kilang pemasangan berteknologi tinggi ini. Visi kami adalah agar kilang ini dapat mengeluarkan kenderaan-kenderaan cekap tenaga yang lebih maju, dalam usaha berterusan untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan di masa hadapan," jelas Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

 

toyota bukit raja

 

"Ini adalah masa depan pengeluaran Toyota di Malaysia," tambah beliau. "Kilang ini mempunyai tahap operasi secara automatik yang tinggi bagi memastikan kualiti pengeluaran kenderaan dari sini menjadi lebih cekap. Ramai jurutera dan juruteknik tempatan telah dihantar ke Jepun bagi menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk mengendalikan operasi di kilang baru berkenaan."
 

 

 

Vios serba baharu ini datang dengan jaminan lima-tahun (tanpa had perbatuan). Pemilik juga akan menikmati keahlian 24SEVEN Road Assist bagi tahun pertama. Ini membolehkan pemilik menerima bantuan tepi jalan hanya dengan satu panggilan telefon sahaja, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. 

 

Sesi pandu uji tersedia dan menanti anda di semua bilik pameran Toyota seluruh negara bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.toyota.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran pengedar sah Toyota di seluruh negara.
 

Senarai harga adalah seperti di atas dan terdapat lima warna pilihan iaitu putih, hitam, kelabu, merah dan biru.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…