Video tular Perodua Kancil pandu lawan arus di Gombak disiasat

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral
Polis sedang menyiasat video tular memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang memandu lawan arus di Batu 6, Jalan Gombak menghala Greenwood, di Gombak, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular yang berdurasi 24 saat itu kira-kira pukul 3 petang.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Walau bagaimanapun, ujarnya, Perodua Kancil berwarna merah itu tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.

“Hasil siasatan awal mendapati pemilik akaun media sosial tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun.

“Dia memuat turun video tersebut daripada akaun media sosial pengguna lain dan penama memuat naik semula video tersebut menggunakan akuan media sosialnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 48 (1) APJ 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd. Nor di talian 017-6645812 atau 03-61262222,” katanya.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif terhadap dadah…
Berita Domestik
Justeru katanya, polis tidak dapat merekodkan keterangan mangsa bagi membolehkan siasatan lanjut…
Berita Domestik
"Tindakan saman POL 257 telah dikeluarkan ke atas ke atasnya. "Kejadian ini jelas merupakan satu…