Polis kesan pemandu lawan arus di LTU Raub Bypass

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari rakaman video
Polis sedang mengesan individu yang memandu secara melawan arus selepas membuat pusingan U bagi mengelak kesesakan lalulintas di jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub Bypass, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, buat masa ini, pihaknya tidak dapat memastikan nombor pendaftaran kenderaan pemilik kenderaan yang merakam video berkenaan.

"Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian dari video tersebut, terdapat beberapa buah kenderaan yang dapat dikesan selepas melakukan pemeriksaan melalui aplikasi Mysikap JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) bagi membantu siasatan.

"Manakala semua kenderaan lain yang terlibat dalam video tersebut termasuk pemilik video sedang dikesan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, tular rakaman video memaparkan segelintir pengguna kenderaan yang selamba membuat pusingan U di LTU Raub Bypass.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok, seorang pengguna merakam pengalaman menggunakan laluan lebuh raya baharu itu.

Namun tidak lama kemudian, berlaku kesesakan di hadapan ekoran pertambahan kenderaan.

Dalam video itu, terdapat kenderaan yang bertindak melakukan pusingan U termasuk perakam video tersebut, sedangkan laluan itu adalah sehala sekali gus tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Mohd Shahril berkata, tindakan pemandu-pemandu yang membuat pusingan U adalah tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Jelasnya, perbuatan tersebut telah menyebabkan kegusaran dan boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Mohd Shahril memaklumkan, siasatan awal mendapati, sistem jalan dua lorong dua hala dan terdapat susur masuk di LTU Raub Bypass di sebelah kiri jalan.

Jelasnya, terdapat batu konkrit tengah jalan sebagai pembahagi jalan.

"Tahap pencahayaan baik waktu siang dan cuaca baik semasa kejadian berlaku," katanya.

- sabar itu indah -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
  "Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat…
Hezeri Samsuri
Kami di Careta memang menggunakan sistem CIMS (Covid-19 Intelligent Management System) dari hari…