FIA hentikan penggunaan nombor 43 untuk kejohanan WRC 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada Isnin yang lepas, dunia sukan permotoran telah dikejutkan dengan kehilangan seorang ikon dan lagenda dalam perlumbaan WRC dan aksi sukan lasak, iaitu Ken Block.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ken Block telah meninggal akibat insiden yang melibatkan kereta luncur salji semasa percutian bersama keluarganya di Park City, Utah.

Bagi menghormati pemergiannya, Federation Internationale de L’Automobile (FIA) telah mengumumkan untuk menghentikan penggunaan nombor 43 pada kejohanan WRC untuk musim 2023.

 

ken block

 

Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata, “Memandangkan sumbangan besar rakan hebat kita Ken Block kepada sukan permotoran dan hakikat bahawa dia dipandang tinggi oleh orang di seluruh dunia, adalah wajar untuk #43 ditarik balik daripada penggunaan semasa musim WRC 2023.”

Ini adalah kali pertama penggunaan nombor ditarik balik dalam sejarah kejohanan WRC, namun presiden FIA tidak menjelaskan sama ada nombor 43 itu akan digunakan semula pada musim 2024 atau terus dihentikan.

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang…
Berita Global
Mungkin ramai di antara peminatnya yang masih lagi merindukan aksi-aksi pemanduan lasak menerusi…
Berita Global
Sebagai seorang pemandu yang luar biasa, usahawan berjaya, dan ketua keluarga, pemergiannya…