Video: Dengarkan bunyi enjin hidrogen AVL Racetech, 405 hp, 508 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Toyota, BMW, dan Hyundai, terdapat juga pihak lain yang turut berminat membangunkan teknologi enjin pembakaran dalaman berkuasa hidrogen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, AVL Racetech telah pun memperlihatkan konsep enjin hidrogen empat silinder sebaris 2.0 liter turbo, di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 410 hp dan 500 Nm.

Laman Autosport baru-baru ini menjengah ke fasiliti AVL Racetech yang terletak di Austria untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana enjin tersebut berfungsi.

Berdasarkan ujian dyno yang telah dibuat, enjin tersebut mampu mencecah output puncak 405 hp @ 6,500 rpm dan daya kilas sehingga 508 Nm @ 4,000 rpm, kuasa kuda sedikit menurun, namun angka daya kilas jauh lebih tinggi berbanding angka sasaran yang terdahulu.
 

AVL


Anda mungkin tidak akan menyangka enjin yang mengaum itu sebenarnya menggunakan bahan api hidrogen, dan bukannya petrol seperti lazimnya.

Selain daripada itu, amat sukar untuk membezakan enjin hidrogen tersebut dengan enjin yang biasa didapati pada kereta penumpang.

Menurut Paul Kapus, pengurus kenderaan konsep dan enjin di AVL Racetech, "hidrogen merupakan molekul yang sangat reaktif. Ia suka untuk terbakar pada setiap permukaan yang anda boleh bayangkan - permukaan panas, titisan minyak panas, palam pencucuh yang terlalu panas, injap yang panas.

"Terdapat risiko besar berlakunya pra-penyalaan."

 


Antara cabaran besar dalam membangunkan enjin hidrogen ini ialah proses pembakaran bahan api itu sendiri.

Menurut Jurutera Kanan Pembangunan Nilton Dinaz berkata, "hidrogen merupakan satu bahan api yang sangat istimewa. Kami perlu mengawal proses pembakaran disebabkan ia boleh terbakar dalam tempoh masa yang pantas. Disebabkan itu kami menggunakan pendekatan suntikan air.

Selain daripada itu, pihak AVL turut membangunkan komponen yang direka khas untuk bahan api hidrogen, memandangkan sifatnya sebagai sebuah bahan api yang sangat 'kering' berbanding petrol.

Antaranya ialah manifold kemasukan, sistem saliran bahan api, penyuntik bahan api yang memerlukan pelincir, serta tidak ketinggalan unit pengecas turbo yang spesifik.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…
Berita Global
Masuk tahun 2024, pengeluar dengan logo garpu penala itu akhirnya memperlihatkan sebuah model…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…