Akio Toyoda umum projek pembangunan enjin baharu di TAS 2024

oleh Mohamad Hanif|
Pengerusi Toyota Motor, Akio Toyoda (atau nama samarannya Morizo) masih lagi percaya enjin pembakaran dalaman masih lagi mempunyai peranan yang cukup penting dalam usaha untuk mencapai neutraliti karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan pengeluar Toyota akan melancarkan sebuah projek untuk membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu untuk mencapai misi tersebut.
 

bev


Tatkala pengeluar lain sudah pun mula menghentikan pembangunan enjin baharu, Toyoda berpendapat kenderaan elektrik bateri bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai sifar emisi karbon.

Bukan itu sahaja, industri automotif Jepun kini mempunyai 5.5 juta orang tenaga pekerja, dan Akio Toyoda ternyata mahu melindungi masa depan mereka yang bertanggungjawab menghasilkan komponen enjin.
 

gr


"Terdapat sebilangan besar daripada 5.5 juta rakan kami yang bekerja menghasilkan komponen enjin. Mereka inilah yang menyumbang kepada ekonomi Jepun, dan kita tidak mahu kehilangan tenaga mahir ini," ujarnya.

"Enjin baharu pada zaman kini? Ia kedengaran seperti kami sedang melangkah ke belakang, tetapi itu tidak benar sama sekali. Langkah ini diperlukan supaya kita dapat bergerak ke masa depan.

 

hr


"Enjin pembakaran dalaman masih lagi mempunyai peranan yang praktikal untuk mencapai neutraliti karbon. Jadi, ayuh kita perhalusi teknologi enjin!"

Cadangan yang dikemukakan oleh Akio Toyoda itu juga nampaknya telah dipersetujui oleh presiden Toyota Koji Sato dan barisan ahli pengurusan tertinggi Toyota.

 


Buat masa ini, Akio Toyoda tidak mendedahkan sebarang perincian berhubung projek pembangunan enjin baharu yang dimaksudkan itu.

Namun, apa yang pasti segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditimba menerusi projek rintis dan penglibatan Toyota dalam perlumbaan menggunakan bahan api alternatif itu bakal menjadi pedoman dan panduan dalam usaha untuk mencapai misi sifar emisi karbon kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Peranan yang ditinggalkan oleh pengerusi Toyota itu akan digalas oleh Masanori Katayama, pengerusi…