Yamaha Drive H2 Concept - bugi golf yang dikuasakan oleh enjin hidrogen!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, selain daripada abang besar jenama Jepun Toyota, Yamaha juga kini sedang rancak bereksperimentasi dengan hidrogen untuk dijadikan sebagai sumber bahan api alternatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masuk tahun 2024, pengeluar dengan logo garpu penala itu akhirnya memperlihatkan sebuah model konsep berkuasa hidrogen kepada umum.

Ia bukanlah sebuah motosikal dua roda dalam kategori super sport, akan tetapi sebuah bugi golf yang dinamakan sebagai Drive H2 Concept.
 

H2


Diperlihatkan pada acara Proffesional Golfers' Association (PGA) 2024 di Florida, Yamaha Drive H2 ini menampilkan dua tangki hidrogen bertekanan tinggi, setiap satu mampu menampung kapasiti sehingga 25 liter.

Harus diingat, konsep bugi berkuasa hidrogen ini tidak menggunakan sistem sel bahan api (FCEV), sebaliknya ia menggunakan teknologi enjin pembakaran dalaman sedia ada yang disuapkan dengan bahan api hidrogen.
 

H2


Konsep yang sama juga sedang diteroka oleh Toyota menerusi GR Yaris H2 Concept, selain diuji dengan lebih menyeluruh di dalam litar lumba.

Yamaha Drive H2 dibangun berdasarkan model bugi Drive2 Concierge 4 sedia ada yang ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin petrol silinder tunggal 357 cc, atau motor elektrik berkuasa 6.7 hp.