VIDEO: Atuk 93 tahun main Forza, siap transmisi manual dan off kawalan cengkaman!

oleh Mohamad Hanif|
20 atau 30 tahun akan datang, jika ada di antara kita sudah terlalu berusia untuk memandu dan masih lagi mempunyai keinginan untuk memandu, anda mungkin boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh atuk ini.

Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, seorang lelaki Jepun yang sudah pun berusia 93 tahun didapati menghabiskan masanya dengan bermain permainan video Forza menerusi laptop cucunya.

Video gelagat atuk Jepun itu memandu Mazda RX-7 generasi pertama telah dimuatnaik menerusi saluran Youtube-nya Olivin Corp dan berjaya meraih sehingga tiga juta tontonan!

 


Menurut Olivin Corp, datuknya itu bukanlah seorang kaki game, malah ketika usia muda beliau berkhidmat sebagai pemandu teksi pada 1960-an sebelum bertukar kerjaya menjadi pemandu lori selama 20 tahun.

Ketika bermain permainan Forza itu, datuknya dilihat gemar menggunakan mod pemanduan manual (siap dengan tombol gear manual) selain mematikan fungsi kawalan cengkaman ketika memandu.

 


Selain daripada Mazda RX-7 FB, beliau juga turut memandu beberapa kenderaan JDM lain seperti Subaru WRC, Honda S2000 serta Nissan Fairlady Z S30 Wangan Midnight Devil Z.

Seperti golongan tua di Jepun, lelaki berusia 93 tahun itu sudah pun menyerahkan lesen memandu secara sukarela, dan dengan adanya permainan simulasi seperti Forza, ia memberikan peluang kedua kepada golongan sepertinya untuk merasai kembali pengalaman pemanduan kereta-kereta klasik tanpa mencederakan diri dan orang lain.

 

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Siasatan itu melibatkan kira-kira 580,000 unit kenderaan Tesla yang telah terjual sejak tahun 2017…
Berita Global
Sebagai sebuah sedan dengan sistem infotainmen Hyperscreen sebesar 56 inci, Mercedes-Benz telah…
Berita Global
Dreams dibangunkan oleh Media Molecule, dan ia merupakan sebuah permainan khusus untuk platform…