Vettel kekal bersama Ferrari

oleh SALINA JALIL|
Pengurus pasukan Ferrari, Mattia Binotto menegaskan Sebastian Vettel kekal sebagai pilihan utama pasukan berkenaan untuk musim seterusnya biarpun Lewis Hamilton dikaitkan akan menyertai pasukan dari Itali itu musim depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Seb adalah pilihan utama kami,” kata Binotto ketika majlis memperkenalkan jentera baharu pasukan itu SF1000 bagi musim 2020 di Reggio Emilia di utara Itali.

 

Vettel, 32, menyertai Ferrari pada 2015 dan kontrak pemandu Jerman itu akan berakhir pada hujung musim ini sama seperti juara dunia, Hamilton bersama Mercedes.

 

“Kami hanya fokus kepada pemandu kami. Kami memikirkan mengenainya buat masa sekarang. “Kami sudah bercakap dengan Seb dan kami akan mengambil masa yang diperlukan. Fokus kami adalah kepada jentera dan sesi ujian, akan ada masa untuk perkara lain,” kata Binotto.

 

Sementara itu, Vettel yang diminta mengulas mengenai perkara sama berkata: “Saya fikir adalah lebih baik memberikan tumpuan terhadap apa yang ada sekarang dan detik yang sudah berlaku akan berlalu.

 

“Kami akan mempunyai masa untuk perkara itu. Pemandu kedua Ferrari, Charles Leclerc melanjutkan kontrak bersama Scuderia sehingga 2024.

 

 

Sumber: BH & AFP

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…