Vespa GTV 300 2023 rasmi untuk pasaran Malaysia - Enjin 278 cc, 23.8 HP, 26 Nm, dari RM35,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena acara Malaysian Vespa Festa 2023 yang diadakan di MotoPlex Johor Bahru baru-baru ini, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Group telah melancarkan model terbaharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Vespa GTV 300 2023
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Vespa GTV 300 2023 telah muncul buat kali pertama di acara pameran motosikal berprestij di Eicma 2022, Itali, di mana ia didatangkan dengan beberapa penambahbaikan baharu.

 

2

 

GTV 300 sememangnya hadir sebagai model sporti dari Vespa bersama peminat tersendirinya, di mana generasi pertamanya diperkenalkan pada tahun 2006 yang menjadi salah satu model ikoniknya.

Dari segi kuasa, ia kekal menjadi model Vespa paling berkuasa dengan enjin HPE 278 cc bersama transmisi CVT yang menghasilkan sehingga 23.8 HP dan 26 Nm.

 

3

 

Untuk kemaskini tahun 2023, GTV 300 hadir dengan dua warna baharu iaitu Beige Sabbia Glossy dan Grey Titanio Glossy bersama kemasan berwarna jingga yang menyerlahkan lagi penampilannya.

Beberapa penambahan baharu termasuklah lampu LED penuh, sistem penyalaan tanpa kunci, panel meter LCD penuh, serta tambahan pelindung tempat duduk belakang dan pelindung meter berwarna jingga.

 

4

 

Meningkatkan lagi ciri moden, GTV 300 2023 turut didatangkan standard bersama ciri kawalan cengkaman elektronik (ASR) sistem ABS dua saluran.

Menariknya, sistem ketersambungan telefon pintar melalui sistem VESPA MIA turut didatangkan sebagai ciri pilihan tambahan.

 

5

 

Selain penambahan baharu itu, GTV 300 2023 masih dilengkapi rim bersaiz 12 inci yang dibalut tayar bersaiz 120/70 di depan dan 130/70 di belakang.

Untuk pasaran Malaysia, Vespa GTV 300 2023 ditawarkan bermula dari RM35,900

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tahunan itu telah dianjurkan selama 3 hari dari 15 September hingga 16 September, di mana…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh Ng Brothers Motor, pusat 3S ini merupakan sebuah pusat sehenti dinamik menawarkan…
Berita Domestik
Kerjasama antara kedua belah pihak ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruang e-dagang, di mana ia…