Acara tahunan itu telah dianjurkan selama 3 hari dari 15 September hingga 16 September, di mana kemuncaknya mengambil tempat di Motoplex Johor Bharu.
Malaysia Vespa Festa 2023 dianjurkan bersama Vespa Club Malaysia untuk meraikan warisan dan cinta untuk Vespa, di mana pelbagai generasi model Vespa terlibat memeriahkan acara.
Malaysia Vespa Festa 2023 dimulakan dengan perjalanan konvoi yang melibatkan sebahagian besar peserta dari Motoplex Petaling Jaya menuju ke selatan tanah air.
Serentak dengan sambutan Hari Malaysia, acara tahun ini bertujuan menunjukkan rasa cinta para pemilik Vespa terhadap negara tercinta.
Dengan Jalur Gemilang yang dipasang pada setiap Vespa, lebih 200 Vesparian dari seluruh Malaysia termasuk Kedah, Ipoh, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Melaka dan Johor telah mengambil bahagian untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Menariknya, acara tahun ini turut disertai oleh beberapa peserta dari negara jiran iaitu Singapura, di mana ia meningkatkan lagi semangat di kalangan pemilik Vespa melangkaui sempadan.
Serentak dengan rambutan Hari Malaysia, Vespa Malaysia Day Ride 2023 bertujuan untuk menyuntik semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda.
Acara itu juga bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia memahami dan menghayati erti kemerdekaan sebenar serta menghormati pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang telah berkorban.