Miliki Vespa serendah RM486/bulan dengan pelan pembiayaan tanpa faedah di Dreamshop

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat skuter gaya hidup Vespa kini boleh mendapat model idaman mereka menerusi laman platform e-dagang Dreamshop.com.my dengan pelan pembayaran mudah 0%.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama antara kedua belah pihak ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruang e-dagang, di mana ia mampu memberikan kemudahan dan nilai membeli belah tambahan buat pelanggan dalam talian.

Menurut pengurus besar Didi Resources Sdn Bhd, Juan Chow Wee berkata, "Kerjasama dengan Dreamshop tepat pada masanya, dan kami cukup teruja bukan sahaja dapat memasarkan Vespa yang ikonik ini dalam talian Dreamshop, malah dapat menawarkan pelan ansuran mudah tanpa faedah 0% untuk pelanggan kami."

Pihak Didi Resources juga akan melancarkan roadshow ke seluruh negara bersama Dreamshop dalam masa terdekat.

 

Vespa

 

Sebanyak 11 buah bank yang menawarkan pelan asuran tanpa faedah 0% termasuklah Maybank, UOB, CIMB, HSBC, Hong Leong Bank, Public Bank, AmBank, Standard Chartered Bank, OCBC Bank dan Alliance Bank Malaysia.

Pelanggan juga boleh menikmati tawaran tambahan seperti:

  • rebat RM200 untuk pemegang kad RHB Bank untuk lima pembelian pertama di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0% (kod promosi RHB200)
  • mata tambahan bonus 30 peratus untuk pemegang kad AmBank di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%
  • Potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100 untuk ahli kad CIMB, promosi dari 1 November-31 Disember 2021 (kod promosi CIMB10)
  • hadiah percuma bernilai RM300 (kemeja T Vespa, Helmet Vespa, Rantai Kunci Vespa) untuk setiap pembelian Vespa menerusi Dreamshop.

Senarai harga ansuran bulanan model-model Vespa adalah seperti berikut:

  • Vespa Primavera 150 ABS - serendah RM486/bulan
  • Vespa Primavera S150 ABS - serendah RM515/bulan
  • Vespa Sprint 150 ABS - serendah RM498/bulan
  • Vespa Sprint S 150 ABS - serendah RM498/bulan
  • Vespa Sprint S150 TFT ABS - serendah RM586/bulan

Serentak dengan pelancaran ini, Didi Resources dan Dreamshop menganjurkan jualan mega pada 30-31 Oktober 2021 di The LINC, KL bersama The Artisans Haven - syarikat sekutu Dreamshop yang memfokuskan kepada promosi dan menyokong artis tempatan dan PKS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Aprilia merupakan model motosikal yang ketiga dibawah kategori automotif yang bersama dengan…
Berita Domestik
Menerusi platform tersebut, ia dilihat memudahkan lagi urusan bagi peminat dan pelanggan yang ingin…
Berita Domestik
Menerusi platform tersebut, pemilik kenderaan di Malaysia boleh membuat perbandingan harga daripada…