Unit yang ke-20,000 itu dilayangkan dengan warna Viola Mithras, diikuti dengan rim dan angkup brek berwarna hitam sebelum dihantar kepada pemilik bertuah yang menetap di Azerbaijan.

Selain bertanggungjawab melariskan jualan model-model Lamborghini, Urus juga menyumbang kepada peningkatan saiz kilang asal Lamborghini, dari 80,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, dan menyaksikan penambahan kira-kira 500 orang pekerja baharu.
Malah, menurut Lamborghini 70 peratus daripada pembeli Urus merupakan pelanggan yang pertama kali memiliki sebuah Lamborghini.
Selain daripada rupa paras yang agresif, Urus juga sebenarnya merupakan sebuah SUV yang sangat berkuasa, terima kasih kepada enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa 641 hp dan 850 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat sahaja.