Ura-ura: Iriz, Persona facelift kekal dengan transmisi CVT, bukan auto 4 kelajuan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam keadaan negara yang masih lagi dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, ia tidak pernah menghalang Proton daripada terus menguji model-model facelift yang dijangka diperkenalkan pada tahun ini, iaitu Proton Iriz dan Persona.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut maklumat terbaharu yang diperoleh daripada rakan media Funtasticko, terdapat ura-ura di mana kedua-dua model tersebut akan terus kekal dengan penawaran transmisi CVT dan bukannya transmisi automatik daripada HyundaiTech seperti yang disebut-sebutkan sebelum ini.

 


Apa yang bakal dilakukan oleh Proton adalah meningkatkan lagi unit kawalan transmisi (TCU) supaya memberikan respons yang lebih positif untuk versi minor change 2 (MC2) ini.

Antara perubahan besar lain yang turut dimuatkan termasuklah penggunaan lampu LED (akhirnya!) serta set rim bersaiz 16 inci untuk kedua-dua model Iriz dan Persona.

 


Model SUV yang paling popular pada ketika ini, Proton X70 juga dijangka akan membawakan perubahan versi facelift (MC1) yang bakal menampilkan enjin 1.5 liter tiga silinder sebaris berkuasa turbo.

Untuk pasaran luar negara (terutama di Filipina), Geely Boyue PRO sebenarnya telah pun dilancarkan sebagai model Azkarra (gambar atas) membawakan perubahan yang lebih moden untuk bahagian luaran, serta kemaskini papan pemuka serba baharu di bahagian dalam kabin.

 

sumber: Funtasticko


Setakat ini tiada lagi sebarang model ujian X70 facelift dikesan atas jalan raya umum.

Sumber: Funtasticko 1, 2, 3

 

Iriz & Persona Facelift 2021

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…
Berita Domestik
"Kenderaan suspek akhirnya berjaya ditahan dalam masa 11 minit selepas merempuh pagar keselamatan…
Berita Domestik
Untuk bulan Mac, 14,573 unit telah terjual (domestik dan export), dimana ia telah mencatatkan…