UMW Toyota buka tempahan untuk hatchback Yaris 2020 facelift

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk merancakkan lagi industri automotif tempatan, UMW Toyota kini membuka tempahan bagi model hatchback Toyota Yaris 2020 facelift.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai info, Toyota Yaris 2020 facelift telah pun dilancarkan di negara jiran Filipina dan Thailand beberapa bulan yang lalu membawakan kemaskini terhadap rupa luaran, serta beberapa ciri yang dipertingkatkan.

 


Perubahan yang ketara boleh dilihat pada rekaan bampar serba baharu dengan aerokit, kedudukan lampu kabus yang telah diposisikan semula, diikuti dengan rekaan gril hadapan yang berbeza serta kehadiran unit lampu utama 'triple bezel' LED sepenuhnya yang turut dilengkapi dengan fungsi follow-me-home.

Dari segi keselamatan, Toyota Yaris juga mendapat kelengkapan Toyota Safety Sense (TSS) merangkumi sistem pra-pelanggaran yang menggunakan bantuan kamera dan radar bersepadu, amaran penukaran laluan (LDA), serta ciri pandangan panoramik 360 darjah.

 


Ciri di atas melengkapi ciri keselamatan pasif sedia ada seperti kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), bantuan mula mendaki (HAC), amaran titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang (RTCA), ABS, EBD, BA serta perakam video pemanduan (DVR) depan dan belakang.

Untuk ruang kabin, Toyota mendatangkan skrin infotainmen bersaiz 7 inci dengan ketersediaan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

 


Tempahan untuk Toyota Yaris 2020 facelift kini dibuka di mana ia boleh dibuat di mana-mana pusat pameran sah Toyota atau laman web rasmi UMW Toyota bermula hari ini.

Harga anggaran bermula dari RM71,688 untuk varian asas hingga RM85,587.00, di mana harga yang disebutkan tadi merupakan harga atas jalan tanpa insurans.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan lima tahun oleh pengeluar tanpa had perbatuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…