Toyota Yaris 2023 dikemaskini - dua varian, dari RM88,000

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengemaskini penawaran hatchback segmen B dengan memperkenalkan Yaris IMP 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran tempatan masih lagi mengekalkan rekaan facelift tahun 2021, namun dengan rekaan bampar yang lebih agresif.

Boleh didapati dalam dua varian (1.5E dan 1.5G), Yaris 2023 ini membawakan kit badan yang lebih sporti, opsyen kemasan cat dua tona dengan bumbung berwarna hitam.
 

yaris


Untuk ruang kabin, Yaris 2023 kini menampilkan skrin infohibur baharu sebesar sembilan inci, lengkap dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar secara standard, diikuti pengecasan peranti pintar tanpa wayar, fabrik kerusi yang lebih menonjol dan port USB-C.

Varian 1.5G turut dipertingkatkan dengan roda stereng balutan kulit lembut, ciri paddle shifter, tag RFID, serta penderia parkir hadapan dan belakang.

Yaris 2023 masih mengekalkan enjin 2NR-FE bersesaran 1,496 cc yang mampu menjana kuasa 107 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 140 Nm @ 4,200 rpm, dipadankan dengan transmisi CVT.
 

haris


Kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense adalah standard untuk kedua-dua varian termasuklah Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong, Sistem Pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, 7 beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, serta sistem kamera keliling 3D.

Harga jualan Toyota Yaris 1.5E bermula dari RM88,000 sementara Yaris 1.5G pula berharga RM91,600 (atas jalan tanpa insurans), lengkap dengan jaminan penuh lima tahun tanpa had perbatuan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…