Japan Post melancarkan set koleksi peringatan Mazda RX-7 (lagi!)

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu kami ada menyiarkan Japan Post (pejabat pos Jepun) melancarkan koleksi terhad bersempena ulang tahun yang ke-40 kereta rotary yang sangat popular itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koleksi terhad yang dihadkan kepada pasaran Jepun terdiri daripada pelbagai barangan collectibles seperti pin, bekas kad bisnes, model skala enjin Wankel 12A telah pun habis terjual memandangkan ia menjadi rebutan para peminat RX-7 di sana. 

 


Kali ini, Japan Post telah melancarkan set setem peringatan, namun untuk versi terkini ia mengabadikan model generasi pertama RX-7 yang lebih dikenali dengan kod nama SA22 Savanna. 

Setiap set setem itu terdiri daripada 10 keping setem bernilai ¥62 (RM2.30) dengan imej yang berlainan diambil daripada kereta SA22 itu, termasuklah imej enjin Wankel 12A. 
 


Set setem tersebut hadir bersama sebuah model Mazda Savanna RX-7 berskala 1:64 yang dikeluarkan oleh pembuat diecast terkenal Kyosho dengan pakej display case yang diperbuat daripada akrilik.
 


Untuk para pembaca yang tinggal di negara matahari terbit, anda boleh mendapatkan set terhad ini menerusi kedai atas talian Japan Post atau mana-mana 202 cawangan Japan Post di seluruh negara Jepun pada harga  ¥3,800 (RM140) sahaja. 

Usah tunggu lagi kerana ia hanya dihasilkan sebanyak 5,000 unit sahaja, dan anda tentu tidak mahu untuk mendapatkannya daripada para penjual yang meletakkan harga Tel Aviv untuk koleksi yang sememangnya terhad ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun bagi bagi kami yang pernah melaluinya suatu ketika dahulu, ia merupakan satu perkara dan…