Uber akan bayar USD2.2 juta kepada penumpang orang kurang upaya atas bayaran menunggu

oleh SALINA JALIL|
Uber akan membayar berjuta-juta dolar kerana mengenakan bayaran berlebihan kepada penumpang kurang upaya dan akan mengubah suai dasar masa menunggunya bagi mengelak berlakunya diskriminasi pada masa depan, umum Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.


Syarikat perkongsian perjalanan itu mencapai penyelesaian dengan kerajaan selepas pegawai persekutuan menuduhnya melanggar Akta Orang Kurang Upaya Amerika, umum pegawai Jabatan Kehakiman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki membayar beberapa juta dolar pampasan (USD2.2 juta) kepada lebih 65,000 penumpang kurang upaya yang dikenakan bayaran masa menunggu, yang biasanya kurang daripada satu dolar, kerana mereka mengambil masa yang lebih lama untuk menaiki kenderaan.



Golongan kurang upaya tidak seharusnya dilayan seperti rakyat kelas kedua atau dihukum kerana ketidakupayaan mereka, seperti yang dikenakan oleh dasar bayaran masa menunggu Uber, kata Penolong Peguam Negara AS Kristen Clarke.


Perjanjian itu menghantar mesej yang jelas bahawa Uber dan syarikat perkongsian perjalanan lain akan bertanggungjawab jika perkhidmatan mereka mendiskriminasi golongan kurang upaya, tambah kenyataan itu.


Jabatan Kehakiman memfailkan tuntutan mahkamah tahun lalu di California yang menyatakan amalan Uber mengenakan bayaran masa menunggu, bermula dua minit selepas pemandu Uber tiba di lokasi mengambil penumpang dan berhenti apabila perjalanan bermula, mendiskriminasi mereka yang menggunakan kerusi roda atau peranti pergerakan lain.


Ramai penumpang kurang upaya memerlukan lebih daripada dua minit untuk menaiki atau masuk ke dalam kenderaan atas pelbagai sebab, termasuk mereka mungkin menggunakan alat bantuan pergerakan seperti kerusi roda dan alat bantuan pejalan kaki yang perlu dilipat dan disimpan di dalam kenderaan atau mereka memang memerlukan masa tambahan untuk menaiki kenderaan, kata aduan itu.


Uber telah mengubah suai dasar masa menunggunya sebaik sahaja selepas saman itu difailkan tahun lepas dan berkata ia gembira telah mencapai persetujuan, menurut UPI.


Di bawah perjanjian dua tahun itu, Uber berjanji untuk mengetepikan semua caj masa menunggu untuk penumpang Uber yang boleh mengesahkan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk masuk ke dalam kereta kerana hilang upaya.



Syarikat itu juga akan mengkreditkan gandaan jumlah masa ke akaun penumpang yang layak untuk caj masa menunggu.

 


-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…
Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi, telah mengumumkan akan menutup pejabat mereka di…