Kematian pejalan kaki di Arizona, pemandu sandaran Uber didakwa atas tuduhan cuai

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu sandaran Uber di dalam kejadian kemalangan maut melibatkan seorang wanita Arizona dua tahun lalu telah didakwa atas tuduhan melakukan pembunuhan lalai (negligence homicide).
Modenas

Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa lalu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan pemasangan sistem pemantauan pergelangan kaki.

Ketika kejadian dua tahun yang lalu, seorang wanita Arizona, Elaine Herzberg sedang melintas jalan pada malam beliau dilanggar oleh SUV Volvo XC90 yang dilengkapi sistem ujian pemanduan autonomi.

Berdasarkan rakaman video dashcam, Vasquez dilihat sedang menonton video menerusi peranti pintar sejurus sebelum berlaku pelanggaran yang menyebabkan kematian Herzberg.

Siasatan lanjut oleh National Transportation Safety Board turut menemukan punca kemalangan adalah "kegagalan pengendali kenderaan untuk memantau keadaan dan operasi sistem pemanduan kerana terlalu leka dengan peranti pintar".

 


"Jika pemandu menumpukan perhatian, dia mungkin mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengesan dan bertindak balas bagi mengelakkan pelanggaran.

Laporan itu juga turut mendapati sistem penderia yang terdapat pada SUV tersebut tidak mampu untuk membezakan Herzberg adalah seorang manusia, kenderaan, atau basikal dan ia didapati gagal untuk menentukan arah pergerakannya dengan tepat.

Menurut NTSB lagi, antara faktor lain adalah sistem automasi Uber yang tidak direka untuk mengaplikasikan daya brek maksimum bagi tujuan mitigasi pelanggaran.

Vasquez mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan yang dilakukan semalam, dan persidangan pra perbicaraan pula akan ditetapkan pada 27 Oktober ini.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak MIROS mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan kerana ia menunjukkan kesungguhan…
Berita Domestik
Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin yang juga seorang pekerja kilang, membayar denda berjumlah…
Berita Domestik
  Penunggang dan pembonceng motosikal dilaporkan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah…