Uber bakal tutup pejabat di Singapura; buang 3,000 pekerja

oleh HEZERI SAMSURI|
Peneraju sistem seru-pandu (e-hailing) dunia, Uber Technologies Inc akan menutup pejabat mereka di Singapura dan membuang 3,000 orang pekerja.

Ini adalah tambahan kepada 3,700 pekerja yang telah dibuang pada awal bulan lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi, telah mengumumkan akan menutup pejabat mereka di Singapura secara beransur-ansur dalam tempoh 12 bulan ini dan akan berpindah ke hab baharu mereka untuk kawasan Asia Pasifik.

Beliau tidak memberitahu lokasi hab itu.

Syarikat itu juga akan menutup 45 lagi pejabat cawangan mereka di seluruh dunia dalam masa akan datang.

Hampir dua-pertiga pendapatan Uber datang dari US dan Kanada dan Perintah Kawalan Pergerakan di kebanyakan negara global memberikan impak besar terhadap pendapatan syarikat tersebut.

Jumlah permintaan seru-pandu Uber menurun 80 peratus di seluruh dunia tetapi permintaan dilihat mula menunjukan peningkatan walaupun perlahan.

 

* Laporan asal dari The Economic Times

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…