Tukar-Je CARnival, acara tahunan myTukar, tawar hadiah dan ganjaran bernilai lebih RM1 juta

oleh Firdaus Razani|
ACARA tahunan myTukar, Autofair yang dijenamakan semula kepada Tukar-Je CARnival akan berlangsung pada 12 hingga 14 Januari 2024 di myTukar Retail Experience Centre di Puchong South untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai pilihan pembiayaan, perkhidmatan selepas jualan dan insurans dalam tempoh segera, lengkap bersama tawaran eksklusif.

Terdapat juga persembahan secara langsung oleh Priscilla Abby, SonaOne, DJ Naufal, Insomniacks ​​dan ramai lagi, di samping aktiviti seperti trak makanan, pandu uji, kursus memandu untuk kanak-kanak serta aktiviti untuk keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng berkata, “Kami amat berbesar hati untuk mempamerkan barisan kenderaan myTukar Certified, dan lebih mengujakan apabila turut berpeluang mengetengahkan ekosistem kami yang menyeluruh di Tukar-Je CARnival ini.

“Dengan lebih penawaran meliputi pembiayaan, perkhidmatan selepas jualan dan insurans, pelanggan kini dapat memenuhi semua keperluan automotif mereka tanpa perlu melawat atau memfailkan kertas kerja ke pelbagai vendor.” katanya.

Pengunjung turut dapat menikmati tawaran dan hadiah yang ekslusif seperti berikut :

1)Beli kenderaan

- Diskaun hingga RM8,888 untuk kenderaan terpilih

- Hadiah cabutan bertuah bernilai RM30,000

- Tempah kenderaan dan nikmati:

  - Diskaun 30 peratus untuk Pakej Baiki & Cat

  - Diskaun 10 peratus untuk Pakej Penyelenggaraan

  - Diskaun 10 peratus untuk pembaharuan insurans

  - Kad TNG dengan tambah nilai RM50

 

2)Jual Kenderaan

- Hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000

- Hantar kenderaan untuk pemeriksaan dan nikmati:

  - Diskaun 30 peratus untuk Pakej Baiki dan Cat

  - Diskaun 10 peratus untuk Pakej Penyelenggaraan

  - Diskaun 10 peratus untuk pembaharuan insurans

 

3)Servis kenderaan dengan CarroCare

- Diskaun 30 peratus untuk Pakej Baiki dan Cat, serta baucar servis RM100

- Diskaun 10 peratus untuk Pakej Penyelenggaraan, serta percuma minyak enjin, penapis minyak OEM dan tenaga buruh

 

4)Dapatkan insurans untuk kenderaan

- Diskaun 10 peratus untuk semua pembaharuan insurans kenderaan

 

Pengunjung boleh hadir ke Tukar-Je CARnival dari 12 hingga 14 Januari 2024 pada jam 10 pagi hingga 7 malam di myTukar Retail Experience Centre, Puchong South. Untuk maklumat lanjut dan senarai artis, sila layari myTukar.com.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…