Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di rantau ini.
Pelaburan ini juga akan membuka peluang untuk DRB-Hicom dalam mewujudkan ekosistem pengedaran kenderaan yang lebih baik.
Ia mungkin memudahkan EON untuk memberikan peluang kepada pelanggan cara untuk menjual kenderaan lama mereka sebelum membeli kenderaan baharu.
myTukar mempunyai lebih dari 2,600 pengedar di seluruh negara dengan jumlah pinjaman kenderaan yang berjaya diproses untuk pelanggan hampir RM600 juta.
Carro mempunyai ibupajabat di Singapura dan diasakan dalam tahun 2015.