myTukar sambut ulang tahun ke-6 dengan drama parodi

oleh Penyumbang Rencana 2|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-6, myTukar hasilkan parodi menerusi 3 video pendek yang menunjukkan drama klise tipikal dengan pengakhiran yang tidak begitu tipikal.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar seorang anak lelaki dan ibunya yang tidak menerimanya, diikuti pula dengan kisah seram Thai klasik yang akan membuatkan anda menjerit ketakutan apabila anda mengetahui apa yang sebenarnya tersembunyi di hadapan mata anda di dalam garaj. 

Akhir sekali, ia ditamatkan dengan kisah cinta tiga segi Hong Kong yang akan membuatkan anda tertanya-tanya sama ada watak utama wanita itu akan akhirnya memilih apa yang terbaik untuk dirinya.

Melalui hasil drama yang memparodikan klise drama dalam iklan-iklan terbaru adalah menyerlahkan nilai keselesaan, kebolehpercayaan dan kualiti kereta myTukar Certified. 

Semua penggambaran dijalankan sepenuhnya di Malaysia dan diusahakan oleh pasukan dari Singapura dan Malaysia, bersama dengan para pelakon dan kru dari Thailand dan Korea Selatan.

 


Bermula pada 2017, myTukar telah berkembang dari sebuah kedai lot di Glenmarie dan kini telah diperluaskan kepada lebih 2,600 pengedar berdaftar, 10 pusat jualan, 23 pusat pemeriksaan, 5 bengkel dan 2 pusat baik pulih. 

Daripada itu juga, myTukar juga mencapai pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun sebanyak 85% pada tahun 2022, diiringi pertumbuhan yang menakjubkan sebanyak 215% dalam sektor jualan runcit.

Sementara itu, syarikat induk myTukar, Carro juga menyambut ulang tahun yang ke-8 pada Oktober. Ditubuhkan pada tahun 2015, Carro telah berkembang daripada sebuah pasaran kereta terpakai Singapura kepada pasaran kereta terpakai dalam talian terbesar dan paling menguntungkan di Asia Tenggara.

Dengan catatan rekod EBITDA positif sebanyak US$4 juta pada TK2023 dan 4,500 pekerja di seluruh Asia-Pasifik, Carro meletakkan sasaran yang lebih besar untuk tahun-tahun akan datang, termasuk Carro Care, sebuah perniagaan perkhidmatan selepas jualan yang dikuasakan Jardine Cycle and Carriage.

Untuk meraikan ulang tahun mereka, Carro dan myTukar akan menawarkan promosi yang besar untuk pelanggan yang berada di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Di Malaysia, myTukar akan memberikan 6 iPhone terbaru iaitu iPhone 15 (128GB) yang bernilai RM4,399 kepada 6 pelanggan. Mereka hanya perlu membeli kereta myTukar Certified untuk layak menyertai cabutan tersebut. Tawaran ini sah untuk masa yang terhad hingga 30 November, tertakluk pada Terma dan Syarat.

Untuk menonton video-video pendek ini, layari saluran YouTube dan Instagram myTukar. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, layari www.myTukar.com.

Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…