Triton Model H - SUV elektrik, lapan tempat duduk, mampu beroperasi sejauh 1,126 km!

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan pencarian ringkas, Triton Solar merupakan sebuah syarikat pembekal solusi kepada storan tenaga baik untuk rumah, industri, serta infrastruktur yang besar seperti bangunan pejabat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ini merupakan kali pertama mereka hadir dengan sebuah produk automotif dalam bentuk SUV berkuasa elektrik dengan spesifikasi yang cukup mengujakan, dan syak wasangka dalam masa yang sama...

Memperkenalkan, Triton Model H.

 


SUV elektrik Model H ini bakal dilengkapkan dengan pek bateri berkapasiti 200 kWh, membenarkan jarak operasi sehingga 1,126 kilometer untuk sekali cas penuh.

Dari segi sistem pacuan pula, Triton Model H ini memiliki empat unit motor elektrik, satu untuk setiap roda dengan sistem pacuan semua roda dan keupayaan sehingga 1,500 kuasa kuda!

Ia membolehkan Triton Model H ini memecut sepantas 2.9 saat dari pegun sebelum mencapai kelajuan 100 km/j.

 


SUV ini mampu memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa, menawarkan ruang kargo sehingga 5,663 liter ruang kargo serta keupayaan menunda pula dihadkan kepada 6,985 kilogram.

Menurut TritonEV, syarikat subsidiari kepada Triton Solar mengumumkan tempahan kini dibuka dengan wang deposit sebanyak $5,000 (RM21,849) diperlukan.

 


Apa yang membimbangkan kami adalah kehadiran syarikat yang sangat baharu di pasaran, ditambah pula dengan penawaran model edisi terhad sebanyak 100 unit Model H Founder Edition yang memerlukan anda membayar tambahan sehingga $135,000 (RM589,948) dalam masa lima hari bekerja untuk memastikan anda layak membeli SUV tersebut.

Pada kami, lebih baik anda beringat sebelum kena.
 

Sumber: CarBuzz
Sumber gambar: InsideEV

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…