Trak MAN TGS Euro V terus dapat sambutan di wilayah Selatan

oleh Mohamad Hanif|
MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd baru-baru ini menyerahkan rangkaian trak MAN TGS generasi baharu yang dikuasakan oleh nadi Euro V kepada syarikat pengangkutan yang berpengkalan di Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga pelanggan yang menerima trak MAN TGS serba baharu iaitu Sri Kulai Transport Sdn Bhd dan Kiaan Yap Transport Sdn Bhd (MAN TGS 6x4) serta Chain Hub Sdn Bhd (MAN TGS 6x2) sebelum ini mempunyai pengalaman mengendalikan trak berjenama MAN.

Sementara dua pelanggan yang menjadi ahli keluarga baharu MAN ialah Modern Wong Transport Sdn Bhd dan Soong Ki Trading Sdn Bhd di mana kedua-dua syarikat memilih MAN TGS 6x4 yang sesuai untuk pengangkutan kargo tugas berat.
 

MAN


MAN Malaysia terus percaya wilayah Selatan akan menjadi kawasan pertumbuhan utama dan menyumbang ke arah kemajuan jenama itu di Malaysia.

Bercakap di majlis penyerahan Trak MAN Baharu kepada syarikat pengangkutan berpangkalan di Johor yang disaksikan oleh lebih 50 orang ahli Persatuan Pengusaha Lori Johor (JTA), Pengurus Besar MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata bahawa syarikat berterima kasih atas sokongan industri serta bilangan pelanggan yang baharu dan pelanggan berulang yang semakin meningkat.

 “Kami gembira melihat semakin banyak syarikat pengangkutan Malaysia, terutamanya di Johor, yang komited untuk mengurangkan jejak karbon kumpulan kenderaan masing-masing dengan Trak MAN Baharu dengan pelepasan yang lebih rendah. Tahun 2022 merupakan tahun pertumbuhan yang menakjubkan bagi kami dan dengan peningkatan sokongan daripada pemain industri utama di seluruh negara, kami menantikan tahun yang lebih hebat di hadapan,” beliau berkata.
 

MAN


O’Brooks menambah bahawa MAN Malaysia kini bersedia untuk memenuhi permintaan kumpulan pelanggan yang semakin meningkat di negara ini.

 Selepas hampir tiga dekad di Rawang, syarikat telah memindahkan ibu pejabatnya ke kemudahan bersepadu yang moden dan luas di Shah Alam. Kemudahan ini akan menempatkan keseluruhan operasi syarikat, termasuk pemasangan kenderaan, di bawah satu bumbung.

“Memiliki produk yang baik tidak mencukupi. Kami sedang bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang jelas, membina dan membangunkan pasukan yang sanggup berusaha lebih untuk para pelanggan.
 

MAN TGS


"Ibu pejabat kami yang baharu di Shah Alam membuktikan kesungguhan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang mengutamakan insan dan rakan kongsi boleh diharapkan yang menyediakan sokongan pelanggan terbaik sepanjang masa.  

"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan persatuan-persatuan industri untuk memperjuang isu-isu dan memacu perubahan.  Kami berazam untuk terus mengukuhkan lagi reputasi jenama MAN di Malaysia,” beliau berkata.

Trak MAN Baharu dengan enjin Euro V sebagai enjin standard menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan yang paling penting, kemampanan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…