MAN Malaysia serah 4 unit trak TGS ADR 6x2 kepada syarikat Globonus Sdn Bhd

oleh Danial Yasin Suhaimi|
MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini telah menyerahkan empat unit trak TGS ADR 6x2 baharu kepada syarikat Globonus Sdn Bhd dari Kedah, di mana lima unit lagi turut ditempah sebagai tambahan.

Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus yang sedang pesat berkembang, di mana mereka kini mengendalikan enam unit MAN TGS baharu dan lima unit terpakai.

Menurut Pengarah Eksekutif Globonus, Muhd Jamal Pawanteh, syarikatnya memerlukan trak berprestasi tinggi dan boleh dipercayai untuk mengangkut pelbagai jenis produk kimia dengan selamat dan mampan ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk merentasi sempadan ke Thailand, dan pada masa yang sama mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

 

2

 

Jamal berkata, “Trak-trak kami berada di jalan raya enam hari seminggu untuk mengangkut produk-produk yang sensitif antaranya urea, cecair ekzos diesel, cecair metanol dan gas ammonia dari pangkalan kami di Gurun sehingga sejauh ke Singapura."

"MAN TGS berkuasa Euro V baharu dengan spesifikasi ADR telah mengatasi jangkaan kami menerusi penggunaan bahan api yang cekap, pelepasan yang rendah dan tempoh ketersediaan yang lebih lama."

"Para pemandu kami teruja dengan kuasa dan tahap pengendalian MAN TGS yang hebat. Sokongan selepas jualan daripada MAN cawangan Prai juga sangat baik.”

 

3

 

ADR atau “Accord Dangereux Routier” dalam bahasa Perancis yang bermaksud “Perjanjian Eropah tentang Pengangkut Barangan Bahaya melalui Jalan Raya Antarabangsa”, dimana ia merupakan standard yang mentadbir pengangkutan barangan bahaya melalui jalan raya.

Untuk pasaran Malaysia, kebanyakan trak ADR di pasaran hanya mematuhi sehingga Kelas FL (dilengkapi untuk membawa cecair mudah terbakar)

Manakala MAN Malaysia telah melengkapkan varian trak MAN TGS ADR Euro V yang kini terbukti dan terkemuka di pasaran dengan spesifikasi Kelas EX/II dan EX/III sebagai standard.

Ini bermakna trak MAN TGS ADR Euro V disahkan sesuai untuk mengangkut kargo termasuk bahan letupan atau objek dengan bahan letupan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Kedua-dua pelanggan kali pertama itu merupakan syarikat pengangkutan yang berpangkalan di Johor…