Seperti biasa, tidak lengkap perlumbaan fiksyen yang 'dikelolakan' oleh mangaka Shuichi Shinego tanpa iringan muzik latar belakang Eurobeat yang suatu ketika dahulu dipopularkan menerusi anime Initial D.
Trailer berdurasi dua minit tujuh saat itu memaparkan lebih banyak aksi perlumbaan Toyota GT 86 yang dipandu oleh watak utama Kanata Rivington.
Tidak seperti Initial D, kereta-kereta yang digunakan dalam trailer terbaharu MF Ghost lebih meluas, di mana ia menampilkan kelibat model-model kereta lain seperti:
Porsche 911 GT3
Ferrari 488 GTB
Lamborghini Huracan
Audi R8 V10
BMW M6 Coupe
Mercedes-AMG GT-S
Nissan GT-R Nismo
Porsche 718 Cayman S
Lotus Exige
Alfa Romeo 4C
Mitsubishi Lancer Evolution IX

MF Ghost mengambil tempat pada tahun 202X (beberapa tahun selepas siri Initial D tamat), di mana pada ketika itu dunia dipenuhi dengan lambakan kenderaan elektrik serta kereta swapandu.
Namun di Jepun, perlumbaan tradisional underground masih lagi diadakan di sana dan ia turut menarik minat pelumba muda, Kanata Rivington (19 tahun) yang baharu sahaja selesai menuntut ilmu di UK.
Di UK, Kanata sebenarnya telah dilatih sendiri oleh watak utama Initial D, Takumi Fujiwara di Royal Donington Racing School.
Kanata dikatakan datang ke Jepun untuk menyertai perlumbaan MFG menggunakan sebuah Toyota GT 86, dan dalam masa yang sama beliau menggunakan kesempatan itu untuk mencari bapanya yang telah lama terputus hubungan.
◢◤◢◤◢◤◢◤
— TVアニメ MFゴースト 公式 🚘 2023年放送! (@mfg_anime) January 3, 2023
2023年TVアニメ放送開始!
TVアニメ『#MFゴースト』
◢◤◢◤◢◤◢◤#片桐夏向 とカーレースバトルを繰り広げる#神15 メインキャラクターが描かれたメインビジュアル公開!
✅公式YouTube Channelオープン!https://t.co/mB85uCSCQX#MFG #ハチロク #頭文字D
【1/3】 pic.twitter.com/0vIukxbqAA
Anime MF Ghost ini dijadualkan penyiarannya pada tahun ini (2023).