Keiichi Tsuchiya dedah sebab tidak terlibat dalam animasi MF Ghost

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan susuk utama pelumba dari Jepun, iaitu Keiichi Tsuchiya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda masih lagi boleh melihat betapa aktifnya beliau di dalam beberapa acara sukan permotoran (walaupun tidak lagi berlumba secara rasmi) serta terlibat dalam beberapa acara di luar litar yang dapat mendekatkan rakyat Jepun dengan sukan tersebut.

Peminat dan pengikut setia siri animasi Initial D sudah pasti tahu akan penglibatan beliau dalam pembikinan animasi tersebut sejak dari mula hinggalah siri tersebut tamat pada tahun 2014.

 


Dalam satu temubual ringkas yang dibuat oleh Jeffrey Jones (Instagram bossbattle.jeff), Keiichi Tsuchiya mendedahkan beliau kini tidak lagi menyumbang khidmat di dalam pembikinan animasi MF Ghost.

Difahamkan, sebelum ini pihak pengurusan tertinggi penerbitan Kodansha mahukan Keiichi terus menyumbang kepakaran dalam animasi terbaharu itu.

 

initial d


Namun, Keiichi berpendapat tiada keperluan untuk beliau terlibat di dalam MF Ghost kerana segala ilmu dan teknik pemanduan telah beliau curahkan ke dalam pembikinan Initial D berdasarkan apa yang diminta oleh pencipta Shuichi Shigeno.

"Saya telah meletakkan segala kepakaran dan teknik dalam Initial D, jadi kenapa tidak kita berikan peluang tersebut (MF Ghost) kepada orang lain?"

Keiichi Tsuchiya juga turut meluahkan apa yang beliau rasa sekiranya beliau terus terlibat dengan pembikinan MF Ghost.
 

ae86


"Seperkara yang saya fikir ialah, sekiranya saya turut serta dalam MF Ghost, adakah langkah itu akan menimbulkan rasa tidak hormat kepada Initial D?"

"Saya telah curahkan segalanya pada Initial D, jadi pada fikiran saya, saya mahukan Initial D melengkapi dunia kereta.

Anime MF Ghost mula bersiaran pada 2 Oktober yang lalu, mengisahkan seorang anak muda yang menyertai perlumbaan MFG yang rata-ratanya dikuasai oleh jentera berenjin pembakaran dalaman di dalam era kereta swapandu menjadi sebuah norma.

Setakat 29 Oktober, sudah lima episod anime MF Ghost telah ditayangkan.

 

Sumber: Instagram Drift King Television

Berita Berkenaan

Berita Global
Apabila menyebut tentang Hyundai, sejarah awalnya bukanlah menunjukkan imejnya sebagai sebuah…
Sukan Bermotor
Jenama seperti Mercedes-AMG, BMW M dan Hyundai N sudah mula menumpukan perhatian terhadap kenderaan…
Berita Domestik
Beliau mula menempa nama sebagai pelumba Jepun pertama yang memenangi perlumbaan Grand Prix pada…