Toyota Yaris capai angka produksi 10 juta unit!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 25 tahun produksi, Toyota Yaris akhirnya berjaya menyertai adik-beradiknya yang lain (Corolla, Camry, RAV4, Hilux dan Land Cruiser) untuk mencapai angka pengeluaran 10 juta unit di peringkat global.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi keempat.

Setakat akhir Februari 2023, jumlah jualan keseluruhan keluarga Yaris di Eropah mencecah 5,155,506 unit sejak Yaris generasi pertama dilancarkan pada tahun 1999.
 

Yaris Cross


Malah, pada tahun 2022, jualan daripada model-model Yaris merangkumi satu pertiga daripada jumlah jualan keseluruhan Toyota di Eropah, disumbangkan oleh 185,781 unit Yaris, 156,086 unit Yaris Cross dan 5,392 unit GR Yaris!

Berikut merupakan fakta ringkas berkenaan generasi Yaris yang telah merajai dunia itu:

 

Yaris


1. Nama Yaris diambil daripada "Charis" - dewa kecantikan dan kesuburan Yunani

2. Yaris mempunyai pelbagai nama bergantung kepada varian dan pasaran - seperti Platz, Echo, Belta, Vios dan Scion iA. Ia juga turut dipasarkan sebagai Daihatsu Charade dan Mazda2.
 

Yaris


3. Generasi pertama Yaris direka untuk memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan oleh supermini Toyota Starlet.

4. Ketika generasi pertama Yaris muncul, ia berjaya memenangi anugerah European Car of The Year 2022, dan dua dekad selepas itu, generasi keempat berjaya meraih anugerah Car of The Year 2021 berdasarkan undian oleh 59 orang wartawan automotif Eropah.
 

T-Sport


5. Sebelum kewujudan varian sporti GR Sport, Toyota Yaris pernah ditawarkan dalam versi sporti T-Sport di Eropah pada tahun 2001. Yaris T-Sport tiga pintu itu dikuasakan oleh nadi 1.5 liter, menampilkan talaan pada casis, kerangka serta kemasan dalaman yang lebih sporti.
 

YARIS TS


Generasi kedua turut ditawarkan dalam versi Yaris TS, di mana ia dilengkapi dengan enjin 1.8 liter berkuasa 132 hp, kelajuan tertinggi 194 km/j, sistem suspensi sports serta kit badan termasuklah spoiler belakang dan skirt sisi.

6. Generasi ketiga muncul pada tahun 2012, dan ia merupakan model pertama di dalam segmen B yang ditawarkan dengan sistem trenkuasa hibrid penuh.
 

Yaris


7. Penglibatan Toyota di dalam WRC pada tahun 2017 mendorong kepada pembangunan model edisi terhad Yaris GRMN (Gazoo Racing tuned by Meister of Nurburgring). Hanya 400 unit sahaja dihasilkan dan kesemua unit telah habis terjual sebelum sempat ia menjengah bilik pameran.

8. Tahun 2018, Toyota memperkenalkan Yaris GR Sport, model GR Sport pertama yang dilancarkan di Eropah, sebelum ia diperluaskan penawarannya kepada model lain termasuklah Yaris Cross, Corolla, C-HR, RAV4 dan Hilux.
 

Yaris


9. Generasi keempat Yaris (2020) dibangun menggunakan platform TNGA-B serba baharu yang bukan sahaja menawarkan casis yang lebih tegar, ia turut menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik. Dengan penampilan dan pakej menarik, Yaris sekali lagi menjadi model paling laris terjual di Eropah.

10. Pada tahun 2021, Toyota melancarkan Yaris versi SUV yang dikenali sebagai Yaris Cross, dan ia turut dinamakan sebagai 2022 World Urban Car oleh penganjur World Car Awards.
 

Yaris


11. GR Yaris merupakan sebuah hot hatch yang diinspirasikan daripada Yaris WRC, dibangun berdasarkan pengalaman Toyota di dalam sukan tersebut. Hanya 25,000 unit sahaja yang dihasilkan untuk satu dunia, di mana ia tampil dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo, sistem pacuan semua roda GR-Four dan transmisi manual enam nisbah kelajuan - semua sudah habis terjual!

12. Toyota Yaris merupakan sebuah model global Toyota yang mempunyai banyak tempat kelahiran di seluruh dunia - bermula dari kilang Takaoka, Aichi, Jepun dan kini diproduksikan di 10 buah negara termasuklah Malaysia. Kecuali model GR Yaris yang dipasang secara eksklusif di Kilang Motomachi, Jepun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…