Namun, disebabkan oleh tindakan segelintir pengedar yang tamak, Prius Prime kini dikategorikan sebagai salah satu daripada enam model kereta baharu yang 'tidak mampu milik'.
Seorang pengguna Reddit (u/GalacticKitty) baru-baru ini mendedahkan sebut harga yang diterima daripada salah satu pengedar Toyota di Los Angeles.
Biarpun dengan harga jualan yang dicadangkan pengeluar (MSRP) bermula bawah $40 ribu, pembeli akhirnya perlu membayar jumlah keseluruhan bernilai $48,641 (RM227,567), atau peningkatan 23 peratus berbanding harga asal.
Berdasarkan brosur yang diperoleh, harga jualan akhir tersebut merangkumi kos pemasangan aksesori, kos penghantaran dan pengendalian, serta caj pelarasan harga pasaran bernilai $5,000 (RM23,393).
Malah, laman web Markups.org melaporkan kenaikan harga jualan Prius Prime boleh bermula serendah $4,173 sehingga $10,000 (RM22,050-RM46,785).
Disebabkan keadaan tersebut, kebanyakan pembeli prospek Prius Prime terpaksa mencari alternatif model yang lebih murah, atau meneroka model dari jenama lain yang mampu menawarkan nilai tambah yang lebih baik berbanding apa yang pengedar Toyota tawarkan.
Sumber: Reddit