Angka jualan Toyota GR86 jauh lebih banyak berbanding Prius di Eropah tahun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tahun 2023, Toyota telah berjaya mengedarkan sebanyak 1,173,419 unit kenderaan di benua Eropah, termasuklah model kenderaan berjenama Lexus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah tersebut, hampir 200,000 unit terdiri daripada crossover subkompak Yaris Cross, diikuti model dari keluarga Corolla (166,925 unit), dan Toyota C-HR (117,552 unit).

Prestasi jualan kereta sports juga tidak kurang hebatnya.
 

GR86


Dalam tempoh yang sama, Toyota berjaya menjual sebanyak 4,041 unit kereta sports pacuan roda belakang GR86, diikuti 2,454 unit GR Yaris, sementara GR Supra yang jauh lebih mahal sudah pun terjual sebanyak 939 unit.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada angka jualan GR86 yang tinggi itu ialah tempoh hayat model tersebut yang akan berakhir dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurut laporan terdahulu, GR86 akan dihentikan penjualannya pada tahun 2025 disebabkan model tersebut sukar untuk memenuhi piawaian keselamatan yang lebih ketat.
 

prius


Apa yang mengejutkan ialah Toyota sekadar mampu menjual sebanyak 2,755 unit Prius pada tahun lepas.

Ini menjadikan prestasi jualan Prius tidaklah sehebat model-model berelektrik Toyota yang lain seperti Yaris Cross Hybrid (186,047), Corolla Hybrid (142,047), Yaris Hybrid (134,898), C-HR Hybrid (117,137) dan RAV4 Hybrid/PHEV (80,357).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Ini bermakna, Toyota masih lagi kekal sebagai pengeluar automotif terbesar di dunia untuk tahun…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…