Toyota lancar GR Supra GT4 50 Edition - enam unit sahaja, harga RM812k

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pelancaran rasmi GR Supra kira-kira tiga tahun yang lalu, Toyota juga turut sama melancarkan GR Supra versi GT4 - jentera untuk kegunaan litar sahaja dengan angka jualan mencecah 50 unit sahaja menjelang akhir tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Toyota ingin menawarkan enam unit terhad GR Supra GT4 50 Edition di mana '50 Edition' diambil bersempena dengan kejayaan Toyota menjual sebanyak 50 unit jentera GR Supra GT4, dengan penyertaan lebih daripada 250 perlumbaan, berjaya meraih 36 kemenangan dalam kelas tersendiri, serta 78 podium.
 

GT4


Antaranya ciri unik yang ada termasuklah layangan warna merah khas dengan liveri emas, tempat duduk perlumbaan dengan sulaman GR Supra GT4, tempat duduk penumpang sebagai ciri standard, logo 50 Edition dan plak bernombor yang dipasangkan pada papan pemuka gentian karbon.

Biarpun dengan penambahan yang disebutkan tadi, harga jualan GR Supra GT4 tidak berubah, bermula dari €175,000 (RM811,621).
 

GT4


Dari segi penawaran asal, GR Supra GT4 didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter menghasilkan 421 hp, sistem transmisi automatik, serta peralatan tipikal jentera lumba seperti spoiler depan dan belakang, papan pemuka gentian karbon penuh, dan sangkar keselamatan berkekuatan tinggi.

Menurut Toyota, mereka akan meneruskan pembangunan dan produksi bagi model GR Supra GT4 dan dalam masa yang sama memberikan sokongan kepada para pemilik sedia ada.

Baca: Toyota GR Supra GT4 2020

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…