Toyota henti jual Vios di India, ganti dengan model rebadge Maruti (Suzuki) Ciaz

oleh Mohamad Hanif|
Model sedan Toyota Yaris, atau lebih mesra digelar Vios di negara kita sudah pun dihentikan penawarannya di negara India bermula 27 September yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Indian Autos Blog, pihak Toyota Kirloskar Motors (TKM) menjelaskan pihak mereka akan terus menawarkan sokongan selepas jualan kepada para pemilik sedan Yaris, serta sokongan alat ganti sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

Berdasarkan spekulasi, Toyota akan menggunakan model rebadge daripada Maruti Ciaz sebagai pengganti kepada model sedan Yaris.
 

Ciaz


Langkah ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan, memandangkan Toyota sebelum ini menawarkan model Urban Cruiser dan Glanza, masing-masing merupakan produk rebadge daripada Maruti Vitara Brezza dan Maruti Baleno.

Selain itu, awal tahun lalu Toyota dilaporkan mendaftarkan hak tanda dagang "Toyota Belta" di India, di mana nama tersebut bakal digunakan pada model rebadge Ciaz itu tadi.

Difahamkan, sedan rebadge itu bakal dilancarkan menggunakan nama Toyota Belta pada tahun 2022.

Sumber: Indian Autos Blog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…