Toyota GR86 bakal dapat enjin tiga silinder GR Yaris - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Satu laporan terbaharu datang daripada Negara Matahari Terbit, di mana kerjasama antara Toyota-Subaru untuk model kembar GR86/BRZ berkemungkinan besar akan berakhir kelak.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman Mag-X, Toyota kini sedang membangunkan GR86 dengan enjin tiga silinder sebaris bersesaran 1.4 liter, dan mungkin akan dipadankan dengan motor elektrik sejajar dengan sasaran neutraliti karbon pengeluar tersebut.

Dalam masa yang sama, konfigurasi enjin hadapan pacuan roda belakang (FR) akan turut dikekalkan pada model GR86 terbaharu.

Salah satu sebab kenapa kerjasama dengan Subaru dihentikan ialah jurutera Tetsuya Tada telah pun dilaporkan bersara pada 2021, dan tiada pengganti yang dapat meneruskan kesinambungan projek kerjasama tersebut.

Laporan itu turut menyebut GR86 baharu itu masih lagi akan terus dibina di kilang Subaru Gunma, walaupun kembarnya BRZ mungkin tidak akan ditawarkan pada masa akan datang (disebabkan tiada nadi boxer).
 

GR YARIS


Laporan Mag-X itu ternyata bertentangan dengan apa yang diberitakan oleh sebuah lagi majalah Jepun, Best Car.

Menurut laman Best Car, GR86 dilapor akan menerima nadi tiga silinder GR Yaris dengan mengekalkan sesaran 1.6 liter turbo dan janaan kuasa sehingga 300 hp.

Namun disebabkan platform sedia ada sukar untuk memuatkan enjin tersebut tanpa perubahan besar terhadap senibina, model baharu GR86 berkemungkinan besar akan dibina menggunakan platform Lexus IS.

Sementara Subaru pula akan meneruskan jualan model BRZ sedia ada.

Apapun versi cerita yang muncul dari Jepun, kita semua maklum Toyota sebenarnya masih lagi setia mahu menawarkan barisan kereta sports untuk golongan petrolhead.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…
Berita Global
Ya, enjin sama yang wujud pada hot hatch GR Yaris itu dikatakan akan digunakan pada Lexus LBX,…
Berita Global
Seperti yang pernah diperlihatkan sebelum ini, Delica Mini banyak mengambil inspirasi daripada…