Mitsubishi Delica Mini - kei car AWD, pilihan kuasa 52 hp atau 64 hp, dari RM60 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi baru-baru ini melancarkan secara rasmi kei car terbaharu Delica Mini untuk pasaran Jepun yang direka untuk peminat setia aktiviti outdoor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang pernah diperlihatkan sebelum ini, Delica Mini banyak mengambil inspirasi daripada abangnya Delica D:5, dengan kit badan agresif termasuklah skid plate seakan SUV, serta pintu gelangsar yang boleh dioperasikan secara bebas tangan.
 

Delica


Mengikut peraturan kei car di sana, Mitsubishi Delica Mini membawakan ukuran sepanjang 3,395 mm, lebar 1,475 mm, tinggi 1,830 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,495 mm.

Ia membawakan pilihan enjin tiga silinder sebaris 660 cc aspirasi natural dengan janaan kuasa 52 hp dan 60 Nm, atau versi yang lebih berkuasa 64 hp dan 100 Nm.
 

Delica


Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi CVT dengan sistem pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda (AWD).

Bergantung kepada spesifikasi, Delica Mini dibekalkan dengan rim 14 atau 15 inci, kapasiti tangki bahan api sebesar 27 liter, serta talaan suspensi yang berbeza untuk versi AWD.
 

Delica


Biarpun bersaiz kecil, Delica Mini turut dipadankan dengan pelbagai ciri moden seperti unit lampu LED dengan bantuan suluhan tinggi automatik, kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, sistem pengecaman papan tanda trafik, Grip Control dan bantuan menurun cerun.

Masuk ke dalam ruang kabin, Delica Mini menyediakan balutan upholsteri kalis air dan kalis kekotoran, skrin tengah bersaiz sembilan inci, paparan keliling 360 darjah, serta meter analog di hadapan pemandu.
 

Delica


Boleh didapati dalam 12 warna (termasuk warna dua tona), Mitsubishi Delica akan mula dijual di pasaran Jepun pada 25 Mei ini, dengan harga jualan bermula dari 1,804,000 yen hingga 2,238,500 yen (RM60,104-RM74,580).

Difahamkan, Mitsubishi sudah pun menerima lebih daripada 9,000 unit tempahan, di mana 60 peratus daripadanya merupakan model AWD, manakala 80 peratus pembeli memilih varian andalan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Untuk makluman, kedua-dua model Flair Wagon ini sebenarnya diubah lencananya daripada model Spacia…
Berita Global
Salah satu daripada model yang bakal dipamerkan ialah Suzuki Swift Concept. Model Swift Concept…