Tahukah anda, GR Yaris versi asas cuma RM84 ribu di Jepun?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ramai yang gemar dengan perubahan yang ditampilkan pada GR Yaris 2024 versi facelift, terutama dari segi susun atur papan pemuka yang serba baharu itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun atur komponen pemanduan yang lebih mementingkan kepada fokus pemandu.

Mereka yang tidak beruang (berwang) pula biasanya akan cuba untuk mempertikaikan sehabis boleh kenapa rekaan papan pemuka GR Yaris itu antara yang terburuk di pasaran.
 

GR


Apa yang pasti, para jurutera Toyota telah mempertimbangkan sehabis baik pilihan yang ada berdasarkan input yang diperoleh daripada penglibatan di dalam litar lumba untuk GR Yaris 2024.

Jika anda benar-benar tidak gemar dengan GR Yaris facelift (serta tiga pedal) yang bakal dilancarkan kelak, tidak mengapa.
 

GR


Ini kerana di Jepun, Toyota ada menawarkan GR Yaris varian RS dengan rupa paras yang sama, namun dengan spesifikasi yang serba asas.

Cuma anda harus ingat, GR Yaris RS ini bukanlah sebuah jentera yang berprestasi tinggi, walaupun rupa parasnya mampu untuk menipu pandangan orang ramai.

Sebabnya?
 

gr


1. Walaupun masih lagi berenjin tiga silinder, tapi ia bukanlah enjin G16E-GTS yang mampu menghasilkan 304 PS/400 Nm. Sebaliknya, Toyota memasang nadi M15A-FKS 1.5 liter berkuasa 120 PS dan 145 Nm.

2. Tiada sistem pacuan semua roda GR-Four dengan kadar pengagihan tork yang boleh diubah. Sebaliknya, GR Yaris RS ini hanya eksklusif dengan sistem pacuan roda depan sahaja.

3. Transmisi manual? Oh tidak, GR Yaris RS ini hanya dibekalkan dengan sistem transmisi CVT. Kotak gear AT yang baharu didedahkan tempoh hari tidak ditawarkan pada varian RS ini.
 

GR


4. Tak percaya? Masuk dalam ruang kabin, anda akan dapat melihat tuil gear yang tipikal pada kereta-kereta bertransmisi auto, serta kehadiran dua pedal sahaja (manual ada tiga pedal).

5. Meter kelajuan GR Yaris RS tamat pada angka 180 km/j sahaja, dan bukan 280 km/j pada model yang lebih berkuasa.

6. Kadar penggunaan bahan api hanyalah serendah 5.49 liter untuk setiap 100 km. Memang jimat bang!

Di Jepun, GR Yaris varian RS 1.5 liter CVT ini dijual pada harga bermula dari 2,650,000 yen, atau bersamaan RM84,326 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

Difahamkan, GR Yaris versi facelift akan dilancarkan secara rasmi di Jepun pada musim bunga tahun ini.

Baca: Toyota GR Yaris 2024 facelift

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…