Toyota GR Yaris Rally2 dapat pensijilan homologasi FIA

oleh Mohamad Hanif|
Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, Toyota tidak pernah jemu untuk menambahbaik model hot hatch yang lahir dari sukan rali, iaitu Toyota GR Yaris.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang lebih serius dan ekstrem, dan telah berjaya memenangi beberapa kejuaraan dan gelaran dalam tempoh dua tahun.

Daripada situ, Toyota membangunkan pula jentera GR Yaris Rally2.
 

yaris


Tidak seperti GR Yaris Rally1 yang menggunakan casis spaceframe, GR Yaris Rally2 dibangun dengan menggunakan model produksi sebagai asas, dan akan ditawarkan kepada pasukan rali dan pelumba persendirian.

GR Yaris Rally2 ini membuat kemunculan pertama di Rally Japan tahun 2022, dan ia telah pun menempuh jarak ujian sejauh lebih 15,000 km dengan pelbagai maklum balas telah pun diterima sepanjang tempoh ujian dijalankan untuk memastikan penawaran yang lebih baik.
 

gr yaris


Jentera Rally2 itu telah pun mendapat pengiktirafan homologasi FIA bermula 1 Januari 2024 dan ini bermakna jentera GR Yaris Rally2 itu akan mula diserahkan kepada pemilik masing-masing di seluruh dunia.

Unit pertama GR Yaris Rally2 telah pun diserahkan kepada pasukan ROOKIE Racing yang diketuai oleh Morizo (nama samaran Akio Toyoda).
 

yaris


Difahamkan, empat pasukan akan berlumba menggunakan GR Yaris Rally2 di Rallye Monte-Carlo pada 25 hingga 28 Januari ini.

Apa yang mencuri tumpuan penulis ialah sebaris ayat yang disertakan oleh Toyota, di mana jentera GR Yaris Rally2 ini dibangunkan bukan sekadar untuk TGR menang, akan tetapi ia dibina untuk pelanggan menang!
 

yaris

 

Enjin
Jenis Enjin tiga silinder sebaris, turbo
Sesaran 1,618.2 cc
Bore x stroke 87.5mm x 89.7mm
Air restrictor 32mm (mengikut peraturan FIA)
Transmisi
Kotak Gear Sekuential 5 nisbah kelajuan
Sistem pacuan 4WD spesifikasi sukan permotoran, LSD
Suspensi & Brek
Suspensi depan/belakang MacPherson strut
Sistem brek Gravel: 300mm
Tarmac: 355mm, 300mm
Casis
Panjang 3,995mm
Lebar 1,820mm
Tinggi Adjustable
Berat 1,230kg (termasuk tayar simpanan)

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Siri ini kembali dengan hadiah wang berjumlah RM630,000, menjadi lebih rancak dengan pengenalan…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…