Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).
Toyota GR Yaris WRC boleh dilayangkan warna merah atau putih, angkup brek berwarna merah, diikuti dengan rim aloi 10 jejari bersaiz 18 inci yang sama seperti model GR Yaris standard.
Selain daripada itu, ia juga turut dilengkapi dengan pakej High Performance merangkumi pembeza gelincir terhad Torsen, serta talaan khusus menggunakan kepakaran pasukan WRT yang menjanjikan pemanduan lebih lincah dan menyeronokkan.
Sama seperti model standard, GR Yaris WRC masih kekal dengan nadi tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo berkuasa 257 hp, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat.
Disebabkan permintaan yang tinggi, pembeli dikehendaki untuk menghantar permohonan terlebih dahulu bermula 27 November hingga 4 Disember.
Pembeli terpilih akan mendapat notifikasi e-mel dan perlu melengkapkan proses pembelian dalam tempoh 14 hari.