Toyota GR Supra GT4 - anda boleh beli kereta lumba ini tidak lama lagi!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah diuji dalam dunia perlumbaan sebenar di Nurburgring 24 Hours 2019 dan berjaya mendapat tempat ketiga, Toyota Gazoo Raving akhirnya mengesahkan pelancaran jentera lumba GR Supra GT4 pada tahun hadapan. 

Langkah ini dibuat susulan terdapat permintaan yang luar biasa setelah mereka memperkenalkan model konsep GT4 pada Geneva International Motor Show Mac lalu. 
 


Dibangunkan berdasarkan model jalanan Supra, GR Supra GT4 ini merupakan hasil tangan Toyota Motorsport GmbH dan kini mempunyai tiga rakan kolaborasi iaitu:

  • Ravenol - membekalkan pelincir
  • Pirelli - rakan pembangunan tayar berprestasi tinggi
  • Akrapovic - pembangunan sistem ekzos spesifik

Tidak seperti Supra standard, GR Supra GT4 menampilkan badan keluli yang diperkuat dengan sangkar keselamatan berkekuatan tinggi. 
 


Komponen seperti diffuser hadapan dan sayap belakang pula diperbuat daripada bahan komposit gentian natural.

Enjin BMW enam silinder sebaris masih lagi kekal walaupun output kuasa sebenar masih belum diumumkan oleh pihak Toyota. 
 


Ruang kokpit pemandu pula banyak dipengaruhi oleh elemen gentian karbon manakala stereng standard pula digantikan dengan jenis butterfly. 

Menurut Toyota  lagi, GR Supra GT4 ini layak untuk bertanding di perlumbaan berprestij seperti Super Taikyu Series (Japan), GT4 European Series, VLN Endurance Championship (Nurburgring) serta Michelin Pilot Challenge Series (Amerika Syarikat). 
 


Harga jualan, pasaran dan tarikh pula akan ditentukan kelak tidak lama lagi. 

Tidak sabar pula untuk melihat bagaimana GR Supra GT4 ini beraksi di tanah air, Litar Antarabangsa Sepang. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…