Toyota dedah video teaser Corolla versi sedan - bakal dilancarkan di Guangzhou minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja sebelum acara Guangzhou International Automobile Exhibition berlangsung secara rasmi pada 16 November ini, dan Toyota telah mendedahkan satu video acah yang menggambarkan bentuk badan ketiga bagi siri Corolla baharu, iaitu sedan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan garisan bentuk luaran sedan Corolla yang dibariskan sekali bersama Corolla versi hatchback dan juga Station Wagon yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu. 
 


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Toyota Corolla versi sedan ini tidak akan ditawarkan enjin berkuasa turbo, dan ia hanya akan memakai khidmat nadi daripada enjin 2.0 liter Dynamic Force M20A-FKS yang mampu menghasilkan kuasa 168 hp dan 205 Nm. 

 

Aspek keselamatan pula, Toyota Safety Sense 2.0 yang didatangkan pada kemunculan awal Corolla hatchback akan turut ditawarkan pada sedan ini termasuklah ciri:

  • Pre-Collision Warning
  • Pedestrian Detection
  • Full-Speed Range Dynamic Radar Cruise Control
  • Dynamic Radar Cruise Control, 
  • Lane Tracing Assist, 
  • Lane Departure Alert with Steering Assist
  • Automatic High Beam, 
  • Road Sign Assist
  • Parking Support Brakes
  • Blind Spot Monitor

Manakala sistem keselamatan pasif pula merangkumi:

  • 7 beg udara
  • Anti-Lock Braking System
  • Electronic Brake-force Distribution
  • Traction Control
  • Brake Assist
  • Enhanced Vehicle Stability Control

imej gambaran Toyota Corolla versi sedan. 

Kredit kepada: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…