Toyota daftar paten baharu - sembur gas pemedih mata ke arah pencuri

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kecanggihan teknologi masa kini tidak dapat menghalang kemaraan para pencuri daripada terus merampas hak milik orang lain dengan mudah. 

Namun, pernahkah anda terfikir, hanya dengan satu cara tradisional, ia mampu menghalang kereta anda daripada dicuri? 

Menerusi satu pendaftaran paten yang dibuat oleh Toyota, mereka dikatakan sedang membangunkan sebuah penyembur gas pemedih mata terbina di dalam kenderaan. 

Sistem ini pada asalnya digunakan oleh pengeluar lain bagi menyembur gas pewangi/penyegar kegemaran pemandu di dalam kenderaan. 

Namun, berlainan pula dengan Toyota apabila sistem komputer mengesan kehadiran pencuri/cubaan untuk melarikan kenderaan, alat penyembur tersebut sebaliknya akan melepaskan gas pemedih mata ke dalam kabin, sekaligus menggagalkan cubaan buruk tadi.
 


Setakat ini, Toyota tidak pernah merancang untuk memperkenalkan produk anti-pencuri ini kepada umum, memandangkan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. 

Apa akan jadi sekiranya sistem tersalah anggap bahawa anda adalah pencuri? 

Jika berlaku sebarang insiden pelanggaran, adakah sistem ini akan turut melepaskan gas tersebut? 

Dan, bagaimana jika kita mahukan kereta melepaskan gas kentut kepada pencuri? 

Hanya Toyota sahaja yang mempunyai jawapan kepada persoalan di atas...

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…
Berita Global
Ia juga seharusnya sangat berguna di dalam situasi melarikan diri daripada pihak berkuasa. Namun…