Cubaan mencuri konsol game gagal, suspek ditahan ketika cuba mengecas Tesla Model X

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia fiksyen, kebanyakan penjenayah professional akan menggunakan kereta-kereta berkuasa tinggi atau yang telah diubahsuai bagi memudahkan urusan haram mereka berjalan dengan lancar.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ia juga seharusnya sangat berguna di dalam situasi melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Namun situasi tersebut nampaknya tidak terpakai bagi sekumpulan penjenayah di Georgia.

Gwinnett County Police baru-baru ini berjaya menumpaskan cubaan mencuri konsol permainan yang cuba melarikan diri dalam sebuah Tesla Model X.

 


Menurut laporan, suspek ditahan ketika didapati cuba untuk mengecas kereta elektrik tersebut di lokasi tidak jauh dari kedai yang dirompak.

Pihak berkuasa berjaya menemukan beberapa konsol permainan yang telah dicuri.

Selepas menggeledah kereta suspek, polis turut menemukan beberapa pucuk pistol dan 0.9 kg dadah jenis ganja.

Secara teorinya, sebuah Tesla Model X boleh digunakan untuk melarikan diri dari pihak berkuasa, terima kasih kepada sistem trenkuasa motor elektrik berkembar yang boleh memecut sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j dan jarak gerak yang mampu mencecah 597 km.

Sumber: Fox 5 Atlanta

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata keadaan menjadi kelam-kabut apabila mangsa yang juga seorang guru tadika, menyedari…
Berita Domestik
Menerusi keterangan yang disertakan pada video yang sudah mendapat lebih dari dua juta tontonan…
Berita Global
Dengan setiap kabel berharga sekurang-kurangnya £1000, ia merupakan masalah dengan kos tinggi,…